Selasa, 25 Mac 2014

PANAS BERAPI! BABI INI WAJIB DIMASUKKAN DALAM PENJARA

Bangkai pesawat MH370 yang hilang lebih 3000 kilometer ke selatan Perth, masih belum ditemui. Pengesahan yang dibuat oleh Perdana Menteri malam tadi bahawa pesawat tersebut berakhir di kawasan berkenaan, hanyalah berdasarkan kepada rumusan pakar dan imej satelit. Tiada sebarang bukti fizikal yang ditemui untuk memberikan kepastian bahawa pesawat tersebut benar-benar terhempas jauh dari luar laluan asalnya.

Pecacai Pakatan melihat tragedi ini sebagai satu konspirasi terutama sekali pengisytiharan tersebut dibuat selepas PRK DUN Kajang. Mereka percaya, tragedi tersebut adalah konspirasi. Mereka yang sudah lama diasak dengan teori pembunuhan Altantuya Shiiribu dan dikaitkan dengan kapal selam Scorpene, kini mengaitkan pula dengan penghumbanan Anwar Ibrahim ke dalam penjara dan kematian 239 anak kapal dan penumpang sebuah pesawat.

Dari satu pihak yang lain pula, kaitan antara juruterbang itu dengan Anwar Ibrahim dan PKR dijadikan sandaran, apatah lagi dengan penambahan faktor bahawa pesawat itu dilencongkan secara manual, transponder dimatikan secara sengaja dan masalah rumahtangga juruterbang tersebut selain pesawat tersebut diterbangkan rendah untuk mengelak radar penerbangan awam.

Masing-masing sibuk menuding jari antara satu sama lain.

Di luar negara, media-media antarabangsa turut memainkan peranan dengan menjadikan Kerajaan Malaysia dan MAS sebagai sasaran untuk diburuk-burukkan. Fakta bahawa hampir 30 buah negara bekerjasama mencari pesawat tersebut dengan menggunakan pelbagai teknologi tetapi masih gagal menemui pesawat itu, cuba dilupakan dan langsung tidak diambil kira. Bahkan sebahagian media asing memberikan gambaran, Malaysia cuba menyembunyikan maklumat sebenar berhubung nasib pesawat tersebut.

Dan di sebalik pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada Malaysia dan kerajaan negara ini, muncul pula satu kumpulan lain yang sebelum ini cukup terkenal dengan pendedahan mereka berhubung politik Amerika Syarikat yang sanggup mengorbankan ribuan rakyatnya sendiri semata-mata untuk menyerang beberapa negara yang menjadi laluan dan telaga minyak di Timur Tengah menerusi Projeksi 9-11 yang sangat terkenal itu.

Segala-galanya bercampur baur!

Dalam keadaan ini ada hikmah yang sepatutnya diteladani oleh rakyat Malaysia. Ada banyak ilmu yang sedang Allah Taala taburkan kepada kita. Ada banyak pelajaran yang seharusnya dipelajari dan diamalkan. Namun berapa ramai daripada kita yang melihat dari sudut positif berbanding menuding jari dan melihat politik adalah segala-galanya?

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah Ayat 120 bermaksud:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka.”

Walaupun dari satu segi, mungkin ramai yang tidak melihat perancangan atau konspirasi pihak berkenaan tetapi kalau kita perhatikan dari susur galur punca kepada Perang Salib, perkara sebegini berlaku terus-menerus walaupun dalam bentuk yang lebih moden dan lebih berkredibiliti.

Dituduh menyembunyikan maklumat, tidak bercakap benar, berkonspirasi atau lebih jahat lagi, sudah ada yang berteori, apabila Anwar Ibrahim dimasukkan ke penjara, sebuah lagi jet penumpang akan dikorbankan… semua itu memerlukan perhatian dan pemikiran yang jauh lebih besar berbanding dengan apa yang dihidangkan atau disuapkan kepada kita.

Janji Allah Taala itu benar. Janji Rasulullah s.a.w juga benar. Penghujung dunia akan menyaksikan umat Islam ditindas dan difitnah. Penghujung zaman dikenali sebagai Zaman Fitnah akan menimbulkan pelbagai haru-biru sehinggakan yang benar dikatakan palsu, penyamar dikatakan ulama, si bodoh dikatakan cendekiawan dan si penjahat dikatakan pembela.

Sebagai umat Islam dan mengaku berkalimah Thoiyibbah, seharusnya kita sudah menerima petunjuk dan hidayah ini dengan ilmu pengetahuan. Kita kena kembali kepada-Nya. Kena berfikir secara Islam. Kena berfikir sebagai orang Islam. Bukan berfikir secara orang politik atau akidah politik. Bukan bertindak secara sembrono tanpa berfikir sepertimana yang dimahukan oleh musuh-musuh Islam dan umat Islam.

Sebabnya, melihat kepada sepanjang tragedi MH370 ini, terlalu ramai daripada kita yang tiba-tiba menjadi PAKAR sekalipun sekadar berimaginasi dan langsung tidak berpandukan kepada ilmu, sehinggakan yang tidak pernah naik kapal terbang pun, boleh pula menerangkan rupa bentuk kapal terbang dan jajaran penerbangannya.

Isnin, 24 Februari 2014

BR1M bukan rasuah

Februari 2014
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
PAGOH – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan rasuah daripada kerajaan sebaliknya pemberian wang tersebut bertujuan memantapkan ekonomi sekaligus mengukuhkan pendapatan rakyat melalui langkah-langkah fiskal dan rasionalisasi subsidi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemberian BR1M merupakan bukti keikhlasan kerajaan BN membantu rakyat dan masuk kali ketiga disalurkan kepada golongan sasar.

“Mereka (penerima BR1M) hargai (bantuan ini) dan tidak rasa ini tidak baik. Mereka ucap terima kasih dan hargainya (kerana) dapat kurangkan beban. Bantuan ini sudah ada impak. Saya tidak fikir mereka akan termakan (dakwaan) pembangkang.

“Pihak pembangkang bimbang dengan pemberian BR1M kerana langkah ini dilihat dapat mengurangkan pengaruh mereka kerana usaha kita membantu rakyat,” katanya mengulas dakwaan pembangkang menyifatkan BR1M adalah satu bentuk rasuah kerajaan kepada rakyat selepas selepas merasmikan Majlis Penyerahan bantuan terbabit Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh, di sini, semalam.

Beliau menyelar pembangkang kerana mendakwa BR1M membawa pembaziran kerana bantuan itu merupakan hasil penjimatan subsidi sebelum disalurkan terus kepada rakyat berpendapatan rendah.

“Dengan adanya kekuatan ekonomi, baharulah kerajaan dapat membantu rakyat. Kita ada rekod urus ekonomi negara yang begitu cemerlang. Ekonomi negara tidak kucar kacir, pendapatan negara meningkat. Hasil dalam negara juga bertambah,” katanya.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, BR1M akan diteruskan selagi kerajaan BN menerajui negara dan jumlah bantuan akan dinaikkan secara berperingkat sehingga RM1,200.

Anggota tentera dilapor hilang

Februari 2014
 
Anggota tentera dilapor hilang
  • Pasukan penyelamat memberi taklimat kepada Mohd Iskandar di salah satu kawasan pencarian.Anggota tentera dilapor hilang
  • Keluarga mangsa menunggu dengan penuh sabar di tempat kejadian semalam.
BESUT- Seorang anggota tentera berpangkat koperal dipercayai hilang ketika menjalani latihan Eksesais Pasak Bumi di kawasan perkelahan Hutan Lipur Lata Belatan dekat Jabi, di sini, sejak pagi kelmarin.

Anggota terbabit, Nik Azizi Mohd Nor, 30, dari pasukan 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Seri Pantai Batu Rakit, Kuala Terengganu disedari hilang ketika raptai perbarisan jam 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, sebelum itu mangsa bersama rakan sepasukan berkhemah di kawasan terbabit untuk pembukaan latihan yang bermula kelmarin.

Menurutnya, sebelum hilang, mangsa telah dilihat oleh rakan setugasnya berjalan dengan berpakaian seluar celoreng untuk mandi di kawasan perkelahan tersebut, kira-kira jam 5.30 pagi.
“Mangsa hanya berselipar dan meninggalkan peralatan termasuk pakaian lain berhampiran buaian tempat tidurnya.

“Kehilangannya disedari apabila Nik Azizi tidak melaporkan diri ketika raptai perbarisan pembukaan latihan di kawasan berkenaan,” katanya

Beliau berkata demikian kepada media ketika meninjau operasi mencari dan menyelamat di kaki Gunung Tebu itu, pagi semalam.

Turut meninjau operasi mencari, Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan Panglima 8 Briged, Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Hamzah.


Gerakan mencari dilancar

Kamaruddin berkata, sebelum membuat laporan di Balai Polis Jertih jam 1 pagi semalam, pihak tentera telah menjalankan usaha mencari dan menyelamat, namun gagal.

“Gerakan mencari semalam membabitkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, 200 anggota tentera dan penduduk kampung selain Unit Anjing Pengesan Polis (K9) Ibu Pejabat Polis Kelantan dan Anjing Pengesan Tentera Darat,” katanya.

Menurutnya, gerakan mencari dilakukan di kawasan sungai dan persekitaran hutan termasuk sehingga ke puncak Gunung Tebu.

"Pada masa sama pihak polis dan tentera sedang menjalankan siasatan dan usaha mengesan kehilangan mangsa," katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati setakat ini kehilangan mangsa tidak membabitkan unsur jenayah, bagaimana siasatan lanjut akan dijalankan.

Kamaruddin berkata, mangsa yang masih bujang berasal dari Rumah Murah Jaya, Semerak Pasir Putih, Kelantan turut didapati tidak menunjukkan sebarang perubahan atau kemurungan ketika menjalani latihan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...