Selasa, 29 November 2011

Orang Melayu boleh menilai antara retorik, realiti – Perkasa


UMNO perlu memberi lebih tumpuan mengenai hak kepentingan orang Melayu dan Islam semasa perhimpunan parti yang akan berlangsung mulai esok selaras dengan dasar awal penubuhannya yang menjurus kepada kedua-dua agenda tersebut.

Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata, ia bagi mengekalkan relevan UMNO sebagai tunggak untuk memacu keyakinan orang Melayu ketika pertembungan arus politik yang tidak menentu sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan ahli politik.

“Bagi golongan cerdik pandai, mereka ingin melihat UMNO benar-benar memperjuangkan agenda Melayu, bukan retorik. Jika UMNO mahu kekal relevan sepanjang masa selain mendapat keyakinan orang Melayu, maka sudah tentu mereka perlu terus memperkasakan agenda tersebut dalam perjuangannya.

“Rakyat hari ini khususnya orang Melayu sudah pandai menilai antara retorik dan realiti,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis sambutan Maal Hijrah 1433 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong di sini, hari ini.

Tiga acara serentak dirangkum pada majlis tersebut iaitu menghayati sejarah perjuangan Rasulullah SAW melalui peristiwa Maal Hijrah, majlis khatan beramai-ramai melibatkan 100 kanak-kanak dari sekitar kampung berdekatan dan membuat bubur asyura yang disertai penduduk tempatan.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mendakwa, masih terdapat golongan yang berpendapat kononnya senario hari ini membayangkan UMNO kurang memberi fokus kepada agenda Melayu meskipun banyak penekanan berhubung perkara berkaitan telah dimanifestasikan kepimpinan parti itu.

“Saya bercakap berdasarkan rungutan orang ramai iaitu tanggapan ini timbul berikutan tafsiran mereka mengenai pelaksanaan sesuatu perkara bergantung kepada meritokrasi, contohnya pemberian biasiswa, selain meliberalisasikan sektor-sektor tertentu dengan 30 peratus penyertaan bumiputera dihapuskan,” katanya.

Beliau berkata, persepsi ini wajar diperbetulkan sebelum keadaan menjadi lebih parah yang akhirnya tidak mustahil akan memberi impak negatif kepada parti itu sendiri, khususnya rakyat dan negara.
Tegasnya, UMNO mesti teguh dengan dasarnya dan segala persepsi atau sebarang kekeliruan yang timbul sekarang ini mesti diperbetulkan melalui Perhimpunan Agung UMNO demi bangsa, agama dan negara.

Sabtu, 5 November 2011

crito ore klate


ermmm : nyaknyo ore kito

KITA OGHE KELATE, LONI DUDUK DALE BAHAYA,
(kita orang kelantan, sekarang berada dalam bahaya)
REZAP MELAYU HOK DUK SIPE, HABIS LICIN JUAL GADAI KE DEMO,
(simpanan orang melayu(tanah dll) yang disimpan, habis sudah dijual dan digadai oleh PAS)
HOK NI KENYATAE, KENO PAKAT CAYO,
... (ini adalah kenyataan, kita (rakyat ) wajib percaya)
RUSING KAK CIK KAKWE, MASA DEPE ANOK CUCU KITA.
(tersangat risau wahai kakak, masa depan anak cucu kita)
-RAMAI-RAMAI-
KITA OGHE KELATE, LONI DUDUK DALE BAHAYA,
(kita orang kelantan, sekarang berada dalam bahaya)
REZAP MELAYU HOK DUK SIPE, HABIS LICIN JUAL GADAI KE DEMO,
(simpanan orang melayu(tanah dll) yang disimpan, habis sudah dijual dan digadai oleh PAS)
HOK NI KENYATAE, YES..YES.. KENA PAKAT CAYA,
(ini adalah kenyataan, YA..YA.... kita (rakyat ) wajib percaya)
RUSING KAK CIK KAKWE, MASA DEPE ANAK CUCU KITA.
(tersangat risau wahai kakak, masa depan anak cucu kita)
SUPO API DALE SEKE, GOMO DALE SENYAK,
(sama seperti api dalam sekam, membakar dalam senyap)
SANGGUP DEMO PEGE, WALA TAHU DOH AKIBAT,
(masih sanggup PAS nak pertahankan walau pun tahu akan akibatnya)
GAMOK DEMO MAKE, TAK SIE DOH KO RAKYAT
(tergamak PAS ambik/ makan, tidak kesian kepada rakyat)
LUPO SEGALA HALAL HARE, KERNA HARTA DENGA PANGKAT.
(sudah lupa segala yang halal dan haram dek kerana harta dengan pangkat)
KITA OGHE KELATE, LONI DUDUK DALE BAHAYA,
(kita orang kelantan, sekarang berada dalam bahaya)
REZAP MELAYU HOK DUK SIPE, HABIS LICIN JUAL GADAI KE DEMO,
(simpanan orang melayu(tanah dll) yang disimpan, habis sudah dijual dan digadai oleh PAS)
HOK NI KENYATAE, YES..YES.. KENA PAKAT CAYA,
(ini adalah kenyataan, YA..YA.... kita (rakyat ) wajib percaya)
RUSING KAK CIK KAKWE, MASA DEPE ANAK CUCU KITA.
(tersangat risau wahai kakak, masa depan anak cucu kita)
SALOH TOK SIR NGAKU, DUK NAPOK SILAP OGHE,
(buat kesalahan tak nak mengaku, hanya Nampak kesilapan orang)
RELO DEMO NIPU, NAK TUTUP KELEMOHAN
(relo kamu (PAS) tipu, hanya mahu tutup kelemahan)
MACAM MANA WEI NAK MAJU, PAS TAK DOK KEMAMPUE,
(macam mana lah kita/ rakyat mahu maju, PAS tiada kemampuan)
SIE KE ANOK CUCU, DIBUMI SENDIRI SESOK HIDUP MENUPE
(kesian kepada anak cucu, dibumi sendiri, hidup miskin dan menumpang)
KITA OGHE KELATE, LONI DUDUK DALE BAHAYA,
(kita orang kelantan, sekarang berada dalam bahaya)
REZAP MELAYU HOK DUK SIPE, HABIS LICIN JUAL GADAI KE DEMO,
(simpanan orang melayu(tanah dll) yang disimpan, habis sudah dijual dan digadai oleh PAS)
HOK NI KENYATAE, YES..YES.. KENA PAKAT CAYA,
(ini adalah kenyataan, YA..YA.... kita (rakyat ) wajib percaya)
RUSING KAK CIK KAKWE, MASA DEPE ANAK CUCU KITA.
(tersangat risau wahai kakak, masa depan anak cucu kita)
DALE ISU AGAMA, KENA PEHE DENGA NYATO
(dalam isu agama, wajib faham dengan jelas)
ISLE UNTUK SEMUO, BUKE UNTUK PARTI PAS SAJO
(islam untuk semua bukan hanya untuk Parti PAS sahaja)
QURAN PUN HOK TULO, KIBLAT ADO SAMA
(kita al-Quran yang sama, Kiblat juga sama)
KENA SEMAYE KENA POSO, PAH KAWE NGUCAP PUN SUPO DEMO
(wajib sembahyang wajib puasa, dan saya pun mengucap seperti kamu (PAS))
KITA OGHE KELATE, LONI DUDUK DALE BAHAYA,
(kita orang kelantan, sekarang berada dalam bahaya)
REZAP MELAYU HOK DUK SIPE, HABIS LICIN JUAL GADAI KE DEMO,
(simpanan orang melayu(tanah dll) yang disimpan, habis sudah dijual dan digadai oleh PAS)
HOK NI KENYATAE, YES..YES.. KENA PAKAT CAYA,
(ini adalah kenyataan, YA..YA.... kita (rakyat ) wajib percaya)
RUSING KAK CIK KAKWE, MASA DEPE ANAK CUCU KITA.
(tersangat risau wahai kakak, masa depan anak cucu kita)
KALU DEMO NAK SENEY, PATUT KENA TUKAR
(kalau kita nak senang, sepatutnya kena tukar)
PILIH BIAR COME, PEMIMPIN HOK BIJOK PANDA
(pilih yang baik, pemimpin yang bijak dan pandai)
AMBO RASA BIMBE, TAKUT HABIS KUCA LANAR
(saya rasa bimbang, risau jadi tak menentu)
AYE KITA BENEY, TAPI KAPUNG KITA BEGADA.
(ayam kita menang, tapi kampung kita gadai)
KITA OGHE KELATE, LONI DUDUK DALE BAHAYA,
(kita orang kelantan, sekarang berada dalam bahaya)
REZAP MELAYU HOK DUK SIPE, HABIS LICIN JUAL GADAI KE DEMO,
(simpanan orang melayu(tanah dll) yang disimpan, habis sudah dijual dan digadai oleh PAS)
HOK NI KENYATAE, YES..YES.. KENA PAKAT CAYA,
(ini adalah kenyataan, YA..YA.... kita (rakyat ) wajib percaya)
RUSING KAK CIK KAKWE, MASA DEPE ANAK CUCU KITA.
(tersangat risau wahai kakak, masa depan anak cucu kita)
See More

Pas pernah tegur Ambiga sokong Seksualiti Merdeka

Pas pernah tegur Ambiga sokong Seksualiti Merdeka
Oleh : RISWANDI RAZAK
Tarikh : November 4, 2011
SHAH ALAM - Pas Selangor mendedahkan pihaknya sebelum ini pernah menegur tindakan Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S. Ambiga yang menyokong usaha mewujudkan Program Seksualiti Merdeka.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri III, Khalid Abdul Samad berkata, sebaik sahaja isu ini timbul, salah seorang pimpinan Pas Selangor telah menghubungi Ambiga untuk menyatakan pendirian Pas.
Beliau berkata, Pas membantah program Seksualiti Merdeka yang didakwa bukan bertujuan untuk memperjuangkan hak asasi manusia, sebaliknya cuba menjatuhkan martabat manusia di negara ini.
Menurutnya, semua pihak tidak wajar mengaitkan Pakatan Rakyat (PR) dalam isu ini, hanya disebabkan sokongan gabungan tersebut terhadap Ambiga dalam Bersih 2.0, ini kerana pendirian PR adalah jelas dalam isu Seksualiti Merdeka.
"Saya difahamkan ada beberapa pemimpin Pas ada menghubungi dan tegur beliau (dalam isu ini), walaupun ada perkara yang kami bersetuju dengan beliau.
“Oleh yang demikian, tidak wajar mengaitkan isu ini (program Seksualiti Merdeka) dengan PR mahupun hak asasi manusia,” katanya dalam sidang media, hari ini.
Turut hadir Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor Dr Abd Rani Osman dan Setiausaha Pas Negeri, Khairuddin Othman.

PADA SAYA KENYATAAN INI SEKADAR "DAMAGE CONTROL" UNTUK MEMBANTU ANUAR IBRAHIM, SAMPAI KINI TIADA KENYATAAN PENDIRIAN OLEH ANUAR, WAN AZIZAH DAN ANAK NYA NURUL IZZAH........ KENAPA?

uhhhh : Nabil kata Lu pikir la sendiri...

Hehehe....Hadi Awang Yang Baru nak katam Al Quran....

Hehehe....Hadi Awang Yang Baru nak katam Al Quran baru
Tersedar dari Mimpi bahawa Hudud hanya 0.0001 peratus saja dalam Al Quran..

PAS pejuangkan Islam atau memperjuangkan politik?..Pada Ee PAS sama je tarafnya dengan parti2 politik yg lain..Hanya kelebihan PAS memperdagangkan Islam dalam politiknya menagih simpati pengundi Melayu Islam...Pada Ee mereka tidak ada kelebihan apa-apa pun..baik Nik Ajis ke..Hadi Awang ke atau Mat Sabu ke..Kelebihan mereka hanya pandai bercakap dan memutar belitkan fakta saja..Jika dinilai dari segi propaganda mahupun membelitkan fakta merekalah yang paling propesional..Yang Ee pelik dengan mereka ini dulu masa S.Ambiga menjadi peguam kes murtad Lina Joy orang2 PAS bukan main lagi mengamuk sakan salahkan UMNO..bawa sepanduk sana sini sehinggakan mahkamah dikepong..Inilah PAS pandai..pakar dalam menipu rakyat..
menagih simpati kononnya merekalah juara..Hakikat "Kosong" sekosong bendera mereka..

Pada Ee PAS nak bersetongkol dengan DAP itu citarasa nafsu buas untuk berkuasa mereka lantaklah..Hakikatnya Bangkai kalau disembur minyak wangi sekalipun tetap akan mengeluarkan baunya..ada kalanya berbatu-batu jauhnya pun masih terasa baunya dibawa angin..dalam sekelip mata mereka(PAS) boleh pusing 360 darjah dengan menyokong S.Ambiga dalam Bersih 2.0 dengan penuh tipu daya memperbodohkan penyokong mereka kononnya nak tuntut itu dan ini dalam PRU..
Inilah kelebihan yang ada dalam PAS pemimpin mereka begitu bijak bercakap dan memutar belitkan fakta...Ooop!..Ee terlupa pula mereka sudah jadi anak murid S.Ambiga Peguam Murtad..maklumlah peguam pandai dalam memutar belitkan fakta..

Angin tak ada ribut jauh sekali tiba2 S.Ambiga nak jadi Heroin pujaan HamPAS dengan menganjurkan pula apa yang dikatakan "Seksualiti Merdeka"..PAS bijak "Mencuri Apa Yang Mereka Sajikan"..Terlebih 360 darjah pula mereka pusing sehingga tergolek bergulong-gulong menentang S.Ambiga sehingga membuat laporan polis semata nak tarik simpati pengundi dengan bermain wayang gambar arahan Mat Sabu(Masih tak kenal lagi..Hehehe..Jangan kau sebut nama Si Normah) dan Hero Tua Nik Ajis..Jika dalam Bersih 2.0 "Patung Hindu S.Ambiga" inilah yang mereka sembah kini mereka tentang pula...hehehe..macam2 putar belit Puak PAS ini nak menutup "Pekong Busuk Mereka"..

Ee ingin ingatkan sekali lagi PAS bukan memperjuangkan Islam tetapi hanya sebuah parti Politik yang penuh dengan cerita duka dan kecewa..Pemimpin mereka (PAS) mulut tidak boleh kawal punya..macam2 "Fatwa Songsang" mereka cipta nak menunjukan mereka terlebih Islam dari Islam yang lain..Dari memperjuangkan Negara Islam dan Hudud pusing 360 darjah pula ke Negara Kebajikan akibat terlepas cakap Hadi Awang dlm Muktamar PAS yang lepas..Hadi Awang yang baru nak katam Al Quran baru tersedar bahawa hudud hanya 0.0001 peratus saja dalam Al Quran.. Hehehe..Macam2..Tak lama lepas diperkudakan dik Ambiga dalam Bersih 2.0 tiba-tiba Mat Sabu pula kononnya nak jadi Hero pertama Negara Kebajikan ala PAS dengan mengistiraf kominis sebagai Wira Negara..La ni.. bila nak dekat PRU sekali lagi Hudud dicanangkan Nik ajis pula nak jadi Hero Tua tergigil-gigil pegang tongkat nak pukul siapa saja yang tolak Hudud baru kena "Gertak dik Karpal Singh Yang di dadanya ada Bulan Mengambang" terkincit-kincit dalam seluar..Yang dipersalahkannya UMNO..Inilah PAS yang menghalalkan apa yang dikatakan "Halal wal Haram" dalam PAS (Hehehe..maksudnya Halal bagi mereka yang menyokong PAS.. Haram bagi mereka yang menyokong UMNO) Inilah Munafiknya PAS..

Pada Ee jika nak dihuraikan segala tipu muslihat PAS dalam arena politik dan dituliskan menjadi buku rasanya dakwat selaut banyaknya pun tidak cukup.Nasihat Ee kepada HamPAS2 janganlah terlalu diperbodohkan dan hanya tahu angguk2 dan geleng2 sapi saja..Allah telah kurniakan kita ini akal fikiran untuk berfikir yang mana betul atau tidaknya..Ee ingin ucapkan Tahniah kepada Pemimpin2 PAS yang mewarisi "Sifat Munafik Abdullah bin Ubai Tokoh Munafik Zaman Rasullah saw"..Fikir dan pulanglah kepangkal jalan..Renung2kanlah..

psssst:  time kasih EE Si Kucing
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...