Sabtu, 5 November 2011

Pas pernah tegur Ambiga sokong Seksualiti Merdeka

Pas pernah tegur Ambiga sokong Seksualiti Merdeka
Oleh : RISWANDI RAZAK
Tarikh : November 4, 2011
SHAH ALAM - Pas Selangor mendedahkan pihaknya sebelum ini pernah menegur tindakan Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S. Ambiga yang menyokong usaha mewujudkan Program Seksualiti Merdeka.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri III, Khalid Abdul Samad berkata, sebaik sahaja isu ini timbul, salah seorang pimpinan Pas Selangor telah menghubungi Ambiga untuk menyatakan pendirian Pas.
Beliau berkata, Pas membantah program Seksualiti Merdeka yang didakwa bukan bertujuan untuk memperjuangkan hak asasi manusia, sebaliknya cuba menjatuhkan martabat manusia di negara ini.
Menurutnya, semua pihak tidak wajar mengaitkan Pakatan Rakyat (PR) dalam isu ini, hanya disebabkan sokongan gabungan tersebut terhadap Ambiga dalam Bersih 2.0, ini kerana pendirian PR adalah jelas dalam isu Seksualiti Merdeka.
"Saya difahamkan ada beberapa pemimpin Pas ada menghubungi dan tegur beliau (dalam isu ini), walaupun ada perkara yang kami bersetuju dengan beliau.
“Oleh yang demikian, tidak wajar mengaitkan isu ini (program Seksualiti Merdeka) dengan PR mahupun hak asasi manusia,” katanya dalam sidang media, hari ini.
Turut hadir Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor Dr Abd Rani Osman dan Setiausaha Pas Negeri, Khairuddin Othman.

PADA SAYA KENYATAAN INI SEKADAR "DAMAGE CONTROL" UNTUK MEMBANTU ANUAR IBRAHIM, SAMPAI KINI TIADA KENYATAAN PENDIRIAN OLEH ANUAR, WAN AZIZAH DAN ANAK NYA NURUL IZZAH........ KENAPA?

uhhhh : Nabil kata Lu pikir la sendiri...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...