Bajet yang telah dibentangkan oleh Anwar Ibrahim digelarkan sebagai Belanjawan Kesejahteraan Pakatan Rakyat 2012 sebenarnya adalah ‘Bajet Mat Jenin’ yang penuh dengan angan-angan kosong. Sesuatu bajet perbelanjaan dalam sesebuah negara mesti dibentangkan oleh Menteri Kewangan, iaitu orang yang menerima amanah untuk menguruskan wang negara dan sudah tentu negara mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk dibelanjaan dalam tempoh satu tahun.
Sungguh melucukan, kalau kanak-kanak mendengar pembentangan belanjawan oleh Anwar ini pasti ketawa besar dan tergolek-golek di atas rumput, kerana pembentangan belanjawan tersebut tidak mempunyai nilai-nilai moral dan amat memalukan. Beliau dianggap sebagai manusia yang ‘gila talak’ kerana tidak tahu malu yang masih menganggap dirinya sebagai Menteri Kewangan, padahal beliau adalah bekas menteri kewangan yang telah dipecat. Sepatutnya, pembentangan belanjawan itu dilakukan oleh mereka yang mempunyai kuasa pemerintahan, mempunyai sumber kewangan yang cukup dan dibentangkan oleh Menteri Kewangan. Sebab itu, pembentangan belanjawan tersebut adalah pembentangan ‘Bajet Mat Jenin’ yang penuh dengan angan-angan, tetapi tidak mempunyai apa-apa di dalamnya. Anwar Ibrahim dengan gayanya ala hero tamil mengambil masa berjam-jam untuk membentangkan belanjawan ‘Bajet Mat Jenin’ yang penuh dengan ilusi dan khayalan dengan mengemukakan pelbagai istilah-istilah baru yang bagi menunjukkan kehebatannya dalam bidang ekonomi dan pengurusan negara. Bagaikan mimpi di siang hari, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat membentangkan bajet mimpi yang penuh dengan fantasi mendahului pembentangan bajet Kerajaan. Pakatan Rakyat, gabungan parti-parti PAS, PKR dan DAP yang merupakan Pakatan Haram, telah memperuntukkan belanjawan sebanyak RM220 bilion bagi tahun 2012, iaitu lebih kecil daripada belanjawan kerajaan sebanyak RM232.8 bilion. Bagaimanapun, pakatan haram itu meramalkan pendapatan kerajaan sebanyak RM181 bilion adalah mustahil boleh dicapai.
Walau bagaimanapun, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memilih untuk berbelanja lebih pada 2012 bertujuan untuk merangsang permintaan domestik dan pelaburan. Lagipun, asas ekonomi negara kekal kukuh dan mantap, di mana aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) telah meningkat enam kali ganda kepada RM29 bilion pada 2010 yang merupakan pertumbuhan tertinggi di Asia. Pada separuh pertama 2011, FDI mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 75 peratus kepada RM21.2 bilion berbanding RM12.1 bilion bagi tempoh yang sama pada 2010.
Pakatan Rakyat membentangkan Bajet 2012 mereka dengan penuh angan-angan tiga hari lebih awal adalah satu kesilapan besar. Mungkin ini dianggap strategi oleh mereka, tetapi strategi mereka untuk memperlihatkan bajet Pakatan Rakyat ditiru oleh pihak kerajaan tidak menjadi, ternyata usaha bodoh ini menampakkan kejahilan diri mereka. Jika percaturan tidak menjadi, masing-masing terpaksa menahan malu yang amat besar. Sesungguhnya Pakatan Rakyat gagal meneliti secara mendalam berkenaan sosio bajet rakyat secara keseluruhan, mereka hanya memberi penekanan yang kurang tepat membuat rakyat takut dengan jumlah angka peruntukkan bajet pakatan rakyat sebanyak RM220 bilion. Sepatutnya pakatan rakyat menumpukan usaha kepada kerja-kerja membantu rakyat terlebih dahulu sebelum membentangkan bajet kosong yang mencekik diri dan tidak mempunyai apa-apa nilai.
Cadangan Pakatan Rakyat melalui lidah Anwar yang penuh dengan ‘air liur basi’ untuk memotong sejumlah besar peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) tahun depan iaitu RM10 bilion, pastinya akan menjejaskan bayaran gaji untuk ribuan warga kerja JPM. JPM merupakan tunjang ekonomi negara dan badan pembuat keputusan kerajaan dan badan pelaksana. Mungkin cadangan belanjawan Pakatan Rakyat yang paling kontroversi ialah penetapan gaji minimum RM1,100 untuk mengatasi masalah kebergantungan kepada pekerja asing. Bagaimanapun, banyak penganalisis politik berpendapat cadangan itu melucukan, tidak praktikal dan memudaratkan daripada segi sosio-ekonomi. Gaji yang dicadangkan itu jauh lebih tinggi berbanding kadar pasaran semasa bagi buruh tidak mahir. Adalah tidak masuk akal untuk menjangkakan kenaikan gaji yang begitu tinggi untuk pekerja tidak mahir tanpa mempertimbangkan kesan langsung dan tidak langsung terhadap permintaan buruh, inflasi dan produktiviti.
Dalam cubaan untuk memanfaatkan setiap peluang yang ada, Pakatan Rakyat turut tidak ketinggalan membentangkan apa yang dipanggil sebagai belanjawan memastikan kesejahteraan untuk semua. Namun disebalik pelbagai janji manis dan angka-angka besar, apa yang dikenali sebagai belanjawan bayangan itu, sekiranya dilaksanakan, bakal mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan kepada rakyat biasa Malaysia. Terdapat beberapa contoh bagaimana kehidupan akan berdepan dengan kesukaran di bawah cadangan belanjawan pembangkang ini. Di antaranya ialah peruntukan subsidi yang amat kecil iaitu sebanyak RM22 bilion berbanding subsidi kerajaan sebanyak RM33.2 bilion dan perkara ini bermakna lebih ramai rakyat menjadi susah, terutama golongan miskin yang berpendapatan rendah. Mereka akan berdepan dengan kesukaran untuk menyara kehidupan berikutan kos hidup yang semakin meningkat.
Menurut penganalisis politik, dokumen belanjawan Pakatan Haram mengandungi preskripsi ortodoks Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk Malaysia ketika Anwar menjadi menteri kewangan semasa krisis kewangan Asia 1997-98 sebelum beliau dipecat. Cadangan pemulihan itu termasuk mengenakan kadar faedah tinggi, memperketatkan pinjaman bank, meningkatkan duti import dan melakukan pemotongan besar-besaran terhadap perbelanjaan infrastruktur awam, yang sekaligus menyekat pertumbuhan ekonomi. Rakyat Malaysia yang mengharungi krisis itu selama lebih satu dekad sukar untuk melupakan penderitaan yang mereka terpaksa lalui.
Seperti biasa dan sebagaimana yang dijangkakan, Bajet Belanjawan 2012 dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mendapat bangkangan dari golongan pembangkang. Mereka marah, kerana Bajet Mat Jenin 2010 mereka yang penuh dengan angan-angan itu tidak dapat dilaksanakan. Di kalangan mereka yang membuat perbandingan bahawa bajet yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak adalah lebih baik dari Bajet Mat Jenin mereka. Pendekatan lebih baik ialah kenaikan secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi kadar gaji minimum. Menariknya, gaji minimum RM1,100 itu juga akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 pekerja sektor awam yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah. Cadangan itu dan perancangan pembayaran bantuan khas untuk kanak-kanak, warga tua dan wanita, semuanya akan dibayar setiap tahun, telah menimbulkan kebimbangan terhadap kekukuhan kewangan negara di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.
Tumpuan khas yang diberikan kepada penjawat awam membabitkan peruntukan sebanyak RM5.9 bilion turut menimbulkan tanda tanya ekoran sejak awal lagi pakatan menegaskan perkhidmatan awam sudah terlalu besar dan perlu dikecilkan. Mungkin orang akan mempersoalkan bahawa motif Pakatan Rakyat dalam mengambil pendekatan populis itu sebenarnya bertujuan untuk memancing semula sokongan penjawat awam. Natijahnya ialah Pakatan Rakyat membelanjakan wang kosong yang tidak dimiliknya dan belanjawannya kekal dibayangi oleh pelan induk sosio-ekonomi kerajaan Barisan Nasional yang pragmatik.
wooo : banyak dana nak masuk dari alam ghaib ni...