Berikutan pengumuman YAB Dato’ Sri Mohd Najib untuk memansuhkan akta keselamatan dalam negeri ( ISA ) dan akta buang negeri 1959 dalam perutusan Hari Malaysia pada 15 september 2011. Saya berpendapat bahawa langkah pembaharuan ini amat positif dan sangat berani. Langkah ini juga bertepatan masanya berdasarkan langkah ke hadapan dan realiti baru dunia hari ini. Era sekarang ini menuntut lebih keterbukaan dan negara tidak boleh berada di takuk lama. Kerajaan moden seperti Malaysia perlu cekap mengurus risiko tanpa bergantung kepada undang-undang seperti ISA.
Disini saya ingin memberikan sedikit pandangan dan input bagi membolehkan langkah drastik ini dilaksanakan dengan lebih berkesan sesuai dengan keadaan negara kita malaysia ini.
Pemansuhan akta ISA ini jelas menunjukkan bahawa keprihatinan kerajaan di bawah pimpinan YAB PM untuk menjadikan Negara Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi terbaik dunia. Perkara ini adalah salah satu daripada perjalanan transformasi negara. Disini saya membawa kembali petikan ucapan PM yang kita sanjungi bagi menjelaskan lagi hasrat sebenar beliau dalam perihal isu ini. Dato Sri Najib Tun Razak berkata dalam ucapannya iaitu, "justeru itu sudah sampai masa kita melangkah sederap lagi ke depan bawa negara kita sebagai negara yang tinggi perjalanan bukan saja ekonomi, sosial, pendidikan tapi pegangan kepada prinsip demokrasi parlimen. kita nak letakkan tahap demokrasi negara kita ini antara yang terbaik di dunia, ini kerana kita yakin dan percaya bahawa kita perlu menjadi sebuah negara moden dan progresif."
Selain daripada pemansuhan akta keselamatan dalam negeri ini, kerajaan juga telah memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 yang dianggap sudah lapuk dan tidak sesuai dilaksanakan pada masa kini dan juga pemansuhan terhadap Akta Kediaman Terhad 1933. Pihak kerajaan juga bersetuju untuk mengkaji semula Akta Mesen Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Polis 1967.
Kesediaan pihak kerajaan untuk mengkaji semula akta-akta tersebut telah menunjukkan bahawa kerajaan benar-benar mahu rakyat dapat hidup dengan lebih selesa selaras dengan ke arah negara maju menjelang 2020.
keputusan itu membuktikan keberanian kerajaan dalam mempertahankan kebebasan bersuara selain yakin terhadap sistem kehakiman sedia ada sekali gus menunjukkan bahawa pihak kerajaan di bawah kepimpinan Dato Sri Mohd. Najib sedang cuba untuk menjadikan malaysia sebagai salah satu negara demokrasi yang terbaik di dunia serta hak rakyat untuk bersuara dan menyatakan pendapat dapat di salurkan dengan baik sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini.
keputusan itu membuktikan keberanian kerajaan dalam mempertahankan kebebasan bersuara selain yakin terhadap sistem kehakiman sedia ada sekali gus menunjukkan bahawa pihak kerajaan di bawah kepimpinan Dato Sri Mohd. Najib sedang cuba untuk menjadikan malaysia sebagai salah satu negara demokrasi yang terbaik di dunia serta hak rakyat untuk bersuara dan menyatakan pendapat dapat di salurkan dengan baik sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini.
Usaha mengubahsuai undang-undang sedia ada adalah perlu agar seimbang dengan perubahan zaman dan menjamin kepentingan keselamatan negara dan rakyat. kebanyakan perkara ini perlu dilakukan secara bersama oleh pelbagai pihak dalam menggubal dua undang-undang baru bagi menggantikan akta ISA ini supaya akta baru yang digubal itu akan lebih sesuai dan pragmatik sesuai dengan tuntutan semasa. Dato Sri Mohd. Najib Tun Razak dalam perutusan sempena Hari Malaysia 2011 mengumumkan pemansuhan akta ISA 1960 adalah merujuk kepada penamatan tiga proklamasi darurat bagi membolehkan malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang lebih dinamik.
Disini juga dicadangkan beberapa rangka progresif yang boleh diambil oleh pihak kerajaan dalam melangsungkan hasrat pemansuhan akta ini. Kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan seperti pihak Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara hendaklah memberi penjelasan menyeluruh bagi mengelakkan salah pengertian dan mungkin akan membentuk persepsi negatif di kalangan rakyat. Ramai di luar sana yang masih tidak jelas mengenai kebijaksanaan di sebalik pemansuhan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta kekuatan dua undang-undang baru yang akan diperkenalkan bagi menghadapi ancaman keselamatan
Bila memperkatakan tentang dua undang – undang baru yang akan digubal bagi menggantikan ISA itu nanti timbul sedikit keluh kesah rakyat. Rakyat melihat sebelum berlakunya pembubaran Akta ISA, sepatutnya dua rang undang-undang baru itu perlu diluluskan terlebih dulu sebelum keputusan memansuhkan isa di buat dan bukan sebaliknya. Mengikut pendapat rakyat melalui tinjauan yang dibuat, kerajaan boleh buat satu refendum untuk mendapatkan maklumbalas dari rakyat mengenai isu ini. Ada juga pendapat yang mengatakan biarlah rakyat yang menentukan isu sepenting pemansuhan isa ini. Tidak kurang persoalan yang ditimbulkan kenapa PM mengambil risiko membuat keputusan yang di lihat sebagai “unilateral” ini?
Rungutan sebegini dilihat bukanlah satu permasalahan yang besar akan tetapi saya cukup yakin jika diberikan input – input yang jelas mengenai perkara ini kepada rakyat, ianya tidak mungkin akan membelenggu fikiran rakyat. Dalam masa yang sama pihak kerajaan juga perlu mengambil kira dua (2) undang-undang baru bagi menggantikan ISA ini adalah undung – undang yang terbaik supaya mana tidak menjadi isu atau buah mulut terutamanya dari pihak pembangkang. ISA sudah mansuh, apakah kedua-dua undang-undang baru ini dapat diluluskan oleh parlimen nanti dengan majoriti 2/3 dalam komposi ahli perlimen sekarang?. Persoalan ini juga perlu diambil kira oleh pihak kerajaan. Ianya adalah kerana kemungkinan – kemungkinan kerajaan akan berdepan dengan masalah undang – undang baru tersebut mendapat tentangan dari phak pembangkang, dan situasi sebegini boleh mengganggu gugat keselamatan negara dan rakyat kerana tidak ada suatu peruntukkan undang –undang atau akta bagi menangani masalah yang hanya boleh ditangani sebelum ini dibawah akta ISA.
Seperti sudah menjadi tabiat bagi rakyat negara ini sesuai dengan pepatah “ rumah siap pahat berbunyi “, yang mana terdapat juga suara – suara sumbang yang mengatakan perkara ini berlaku adalah kerana atas desakan daripada PR. Apa yang jelas pada hemat saya adalah Pemansuhan Akta isa itu bukan atas desakan dari mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan politik, tetapi ia adalah satu pembaharuan bagi menjamin keselamatan rakyat dan hak bersuara rakyat. Memansuhkan akta itu membuktikan bahawa isa bukan digunakan sebagai senjata Barisan Nasional ( BN ) seperti yang sering didakwa pembangkang. kerajaan mengambil tindakan berani di luar pemikiran pembangkang, di mana rakyat kini mendapat hak sepenuhnya untuk di bicara.
Pemansuhan ISA ini merupakan hadiah bermakna untuk rakyat Malaysia dan ia merupakan kepercayaan dari Perdana Menteri yang yakin negara ini tidak lagi diganggu dengan jenayah keganasan dan sebagainya. Pemansuhan akta ISA merupakan penamat kepada segala tomahan pembangkang yang mendakwa akta itu digunakan kerajaan untuk menzalimi rakyat.
Diharapkan rakyat malaysia dapat berfikir dengan baik dan relevan serta tidak terlalu mengikut emosi di atas setiap tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Sekiranya mempunyai cadangan atau pandangan yang hendak dilakukan, cara terbaik adalah dengan berbincang atau bermusyawarah demi menjamin kebaikan bersama. Hal ini kerana, kerajaan hari ini telah sedaya upaya bersifat terbuka dan telus demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta mendapat keyakinan dari negara-negara luar terutamanya pelabur-pelabur bahawa Negara Malaysia mempunyai sistem politik yang stabil dan ekonomi yang kukuh.
oleh demikian, dapatlah dikatakan bahawa kita sebagai rakyat negara ini perlu memandang positif pemansuhan akta tersebut kerana setiap tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan adalah bertujuan untuk kesejahteraan rakyat dan usaha ini perlulah disambut baik dan bukanya dengan pandangan negatif terhadap setiap tindakan yang dilakukan kerajaan. setiap perubahan yang dilakukan memerlukan sokongan daripada semua pihak untuk merealisasikan keberkesanan dan kejayaannya demi untuk kebaikan rakyat dan negara tercinta ini.
Saya mengharapkan dengan pemansuhan akta keselamatan dalam negeri ( ISA ) 1960, pemansuhan akta buang negeri 1959 dan usaha mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia fleksibel dengan kehendak semasa, di samping penggubalan dua undang-undang baru di bawah semangat serta lembaran 149 perlembagaan persekutuan itu nanti, rakyat negara ini akan terus mengecapi nikmat keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup serta mengharapkan apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan perlembagaan persekutuan malah mampu mensifarkan dari subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.