Selasa, 29 November 2011

Orang Melayu boleh menilai antara retorik, realiti – Perkasa


UMNO perlu memberi lebih tumpuan mengenai hak kepentingan orang Melayu dan Islam semasa perhimpunan parti yang akan berlangsung mulai esok selaras dengan dasar awal penubuhannya yang menjurus kepada kedua-dua agenda tersebut.

Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata, ia bagi mengekalkan relevan UMNO sebagai tunggak untuk memacu keyakinan orang Melayu ketika pertembungan arus politik yang tidak menentu sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan ahli politik.

“Bagi golongan cerdik pandai, mereka ingin melihat UMNO benar-benar memperjuangkan agenda Melayu, bukan retorik. Jika UMNO mahu kekal relevan sepanjang masa selain mendapat keyakinan orang Melayu, maka sudah tentu mereka perlu terus memperkasakan agenda tersebut dalam perjuangannya.

“Rakyat hari ini khususnya orang Melayu sudah pandai menilai antara retorik dan realiti,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis sambutan Maal Hijrah 1433 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong di sini, hari ini.

Tiga acara serentak dirangkum pada majlis tersebut iaitu menghayati sejarah perjuangan Rasulullah SAW melalui peristiwa Maal Hijrah, majlis khatan beramai-ramai melibatkan 100 kanak-kanak dari sekitar kampung berdekatan dan membuat bubur asyura yang disertai penduduk tempatan.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mendakwa, masih terdapat golongan yang berpendapat kononnya senario hari ini membayangkan UMNO kurang memberi fokus kepada agenda Melayu meskipun banyak penekanan berhubung perkara berkaitan telah dimanifestasikan kepimpinan parti itu.

“Saya bercakap berdasarkan rungutan orang ramai iaitu tanggapan ini timbul berikutan tafsiran mereka mengenai pelaksanaan sesuatu perkara bergantung kepada meritokrasi, contohnya pemberian biasiswa, selain meliberalisasikan sektor-sektor tertentu dengan 30 peratus penyertaan bumiputera dihapuskan,” katanya.

Beliau berkata, persepsi ini wajar diperbetulkan sebelum keadaan menjadi lebih parah yang akhirnya tidak mustahil akan memberi impak negatif kepada parti itu sendiri, khususnya rakyat dan negara.
Tegasnya, UMNO mesti teguh dengan dasarnya dan segala persepsi atau sebarang kekeliruan yang timbul sekarang ini mesti diperbetulkan melalui Perhimpunan Agung UMNO demi bangsa, agama dan negara.

Sabtu, 5 November 2011

crito ore klate


ermmm : nyaknyo ore kito

KITA OGHE KELATE, LONI DUDUK DALE BAHAYA,
(kita orang kelantan, sekarang berada dalam bahaya)
REZAP MELAYU HOK DUK SIPE, HABIS LICIN JUAL GADAI KE DEMO,
(simpanan orang melayu(tanah dll) yang disimpan, habis sudah dijual dan digadai oleh PAS)
HOK NI KENYATAE, KENO PAKAT CAYO,
... (ini adalah kenyataan, kita (rakyat ) wajib percaya)
RUSING KAK CIK KAKWE, MASA DEPE ANOK CUCU KITA.
(tersangat risau wahai kakak, masa depan anak cucu kita)
-RAMAI-RAMAI-
KITA OGHE KELATE, LONI DUDUK DALE BAHAYA,
(kita orang kelantan, sekarang berada dalam bahaya)
REZAP MELAYU HOK DUK SIPE, HABIS LICIN JUAL GADAI KE DEMO,
(simpanan orang melayu(tanah dll) yang disimpan, habis sudah dijual dan digadai oleh PAS)
HOK NI KENYATAE, YES..YES.. KENA PAKAT CAYA,
(ini adalah kenyataan, YA..YA.... kita (rakyat ) wajib percaya)
RUSING KAK CIK KAKWE, MASA DEPE ANAK CUCU KITA.
(tersangat risau wahai kakak, masa depan anak cucu kita)
SUPO API DALE SEKE, GOMO DALE SENYAK,
(sama seperti api dalam sekam, membakar dalam senyap)
SANGGUP DEMO PEGE, WALA TAHU DOH AKIBAT,
(masih sanggup PAS nak pertahankan walau pun tahu akan akibatnya)
GAMOK DEMO MAKE, TAK SIE DOH KO RAKYAT
(tergamak PAS ambik/ makan, tidak kesian kepada rakyat)
LUPO SEGALA HALAL HARE, KERNA HARTA DENGA PANGKAT.
(sudah lupa segala yang halal dan haram dek kerana harta dengan pangkat)
KITA OGHE KELATE, LONI DUDUK DALE BAHAYA,
(kita orang kelantan, sekarang berada dalam bahaya)
REZAP MELAYU HOK DUK SIPE, HABIS LICIN JUAL GADAI KE DEMO,
(simpanan orang melayu(tanah dll) yang disimpan, habis sudah dijual dan digadai oleh PAS)
HOK NI KENYATAE, YES..YES.. KENA PAKAT CAYA,
(ini adalah kenyataan, YA..YA.... kita (rakyat ) wajib percaya)
RUSING KAK CIK KAKWE, MASA DEPE ANAK CUCU KITA.
(tersangat risau wahai kakak, masa depan anak cucu kita)
SALOH TOK SIR NGAKU, DUK NAPOK SILAP OGHE,
(buat kesalahan tak nak mengaku, hanya Nampak kesilapan orang)
RELO DEMO NIPU, NAK TUTUP KELEMOHAN
(relo kamu (PAS) tipu, hanya mahu tutup kelemahan)
MACAM MANA WEI NAK MAJU, PAS TAK DOK KEMAMPUE,
(macam mana lah kita/ rakyat mahu maju, PAS tiada kemampuan)
SIE KE ANOK CUCU, DIBUMI SENDIRI SESOK HIDUP MENUPE
(kesian kepada anak cucu, dibumi sendiri, hidup miskin dan menumpang)
KITA OGHE KELATE, LONI DUDUK DALE BAHAYA,
(kita orang kelantan, sekarang berada dalam bahaya)
REZAP MELAYU HOK DUK SIPE, HABIS LICIN JUAL GADAI KE DEMO,
(simpanan orang melayu(tanah dll) yang disimpan, habis sudah dijual dan digadai oleh PAS)
HOK NI KENYATAE, YES..YES.. KENA PAKAT CAYA,
(ini adalah kenyataan, YA..YA.... kita (rakyat ) wajib percaya)
RUSING KAK CIK KAKWE, MASA DEPE ANAK CUCU KITA.
(tersangat risau wahai kakak, masa depan anak cucu kita)
DALE ISU AGAMA, KENA PEHE DENGA NYATO
(dalam isu agama, wajib faham dengan jelas)
ISLE UNTUK SEMUO, BUKE UNTUK PARTI PAS SAJO
(islam untuk semua bukan hanya untuk Parti PAS sahaja)
QURAN PUN HOK TULO, KIBLAT ADO SAMA
(kita al-Quran yang sama, Kiblat juga sama)
KENA SEMAYE KENA POSO, PAH KAWE NGUCAP PUN SUPO DEMO
(wajib sembahyang wajib puasa, dan saya pun mengucap seperti kamu (PAS))
KITA OGHE KELATE, LONI DUDUK DALE BAHAYA,
(kita orang kelantan, sekarang berada dalam bahaya)
REZAP MELAYU HOK DUK SIPE, HABIS LICIN JUAL GADAI KE DEMO,
(simpanan orang melayu(tanah dll) yang disimpan, habis sudah dijual dan digadai oleh PAS)
HOK NI KENYATAE, YES..YES.. KENA PAKAT CAYA,
(ini adalah kenyataan, YA..YA.... kita (rakyat ) wajib percaya)
RUSING KAK CIK KAKWE, MASA DEPE ANAK CUCU KITA.
(tersangat risau wahai kakak, masa depan anak cucu kita)
KALU DEMO NAK SENEY, PATUT KENA TUKAR
(kalau kita nak senang, sepatutnya kena tukar)
PILIH BIAR COME, PEMIMPIN HOK BIJOK PANDA
(pilih yang baik, pemimpin yang bijak dan pandai)
AMBO RASA BIMBE, TAKUT HABIS KUCA LANAR
(saya rasa bimbang, risau jadi tak menentu)
AYE KITA BENEY, TAPI KAPUNG KITA BEGADA.
(ayam kita menang, tapi kampung kita gadai)
KITA OGHE KELATE, LONI DUDUK DALE BAHAYA,
(kita orang kelantan, sekarang berada dalam bahaya)
REZAP MELAYU HOK DUK SIPE, HABIS LICIN JUAL GADAI KE DEMO,
(simpanan orang melayu(tanah dll) yang disimpan, habis sudah dijual dan digadai oleh PAS)
HOK NI KENYATAE, YES..YES.. KENA PAKAT CAYA,
(ini adalah kenyataan, YA..YA.... kita (rakyat ) wajib percaya)
RUSING KAK CIK KAKWE, MASA DEPE ANAK CUCU KITA.
(tersangat risau wahai kakak, masa depan anak cucu kita)
See More

Pas pernah tegur Ambiga sokong Seksualiti Merdeka

Pas pernah tegur Ambiga sokong Seksualiti Merdeka
Oleh : RISWANDI RAZAK
Tarikh : November 4, 2011
SHAH ALAM - Pas Selangor mendedahkan pihaknya sebelum ini pernah menegur tindakan Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S. Ambiga yang menyokong usaha mewujudkan Program Seksualiti Merdeka.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri III, Khalid Abdul Samad berkata, sebaik sahaja isu ini timbul, salah seorang pimpinan Pas Selangor telah menghubungi Ambiga untuk menyatakan pendirian Pas.
Beliau berkata, Pas membantah program Seksualiti Merdeka yang didakwa bukan bertujuan untuk memperjuangkan hak asasi manusia, sebaliknya cuba menjatuhkan martabat manusia di negara ini.
Menurutnya, semua pihak tidak wajar mengaitkan Pakatan Rakyat (PR) dalam isu ini, hanya disebabkan sokongan gabungan tersebut terhadap Ambiga dalam Bersih 2.0, ini kerana pendirian PR adalah jelas dalam isu Seksualiti Merdeka.
"Saya difahamkan ada beberapa pemimpin Pas ada menghubungi dan tegur beliau (dalam isu ini), walaupun ada perkara yang kami bersetuju dengan beliau.
“Oleh yang demikian, tidak wajar mengaitkan isu ini (program Seksualiti Merdeka) dengan PR mahupun hak asasi manusia,” katanya dalam sidang media, hari ini.
Turut hadir Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor Dr Abd Rani Osman dan Setiausaha Pas Negeri, Khairuddin Othman.

PADA SAYA KENYATAAN INI SEKADAR "DAMAGE CONTROL" UNTUK MEMBANTU ANUAR IBRAHIM, SAMPAI KINI TIADA KENYATAAN PENDIRIAN OLEH ANUAR, WAN AZIZAH DAN ANAK NYA NURUL IZZAH........ KENAPA?

uhhhh : Nabil kata Lu pikir la sendiri...

Hehehe....Hadi Awang Yang Baru nak katam Al Quran....

Hehehe....Hadi Awang Yang Baru nak katam Al Quran baru
Tersedar dari Mimpi bahawa Hudud hanya 0.0001 peratus saja dalam Al Quran..

PAS pejuangkan Islam atau memperjuangkan politik?..Pada Ee PAS sama je tarafnya dengan parti2 politik yg lain..Hanya kelebihan PAS memperdagangkan Islam dalam politiknya menagih simpati pengundi Melayu Islam...Pada Ee mereka tidak ada kelebihan apa-apa pun..baik Nik Ajis ke..Hadi Awang ke atau Mat Sabu ke..Kelebihan mereka hanya pandai bercakap dan memutar belitkan fakta saja..Jika dinilai dari segi propaganda mahupun membelitkan fakta merekalah yang paling propesional..Yang Ee pelik dengan mereka ini dulu masa S.Ambiga menjadi peguam kes murtad Lina Joy orang2 PAS bukan main lagi mengamuk sakan salahkan UMNO..bawa sepanduk sana sini sehinggakan mahkamah dikepong..Inilah PAS pandai..pakar dalam menipu rakyat..
menagih simpati kononnya merekalah juara..Hakikat "Kosong" sekosong bendera mereka..

Pada Ee PAS nak bersetongkol dengan DAP itu citarasa nafsu buas untuk berkuasa mereka lantaklah..Hakikatnya Bangkai kalau disembur minyak wangi sekalipun tetap akan mengeluarkan baunya..ada kalanya berbatu-batu jauhnya pun masih terasa baunya dibawa angin..dalam sekelip mata mereka(PAS) boleh pusing 360 darjah dengan menyokong S.Ambiga dalam Bersih 2.0 dengan penuh tipu daya memperbodohkan penyokong mereka kononnya nak tuntut itu dan ini dalam PRU..
Inilah kelebihan yang ada dalam PAS pemimpin mereka begitu bijak bercakap dan memutar belitkan fakta...Ooop!..Ee terlupa pula mereka sudah jadi anak murid S.Ambiga Peguam Murtad..maklumlah peguam pandai dalam memutar belitkan fakta..

Angin tak ada ribut jauh sekali tiba2 S.Ambiga nak jadi Heroin pujaan HamPAS dengan menganjurkan pula apa yang dikatakan "Seksualiti Merdeka"..PAS bijak "Mencuri Apa Yang Mereka Sajikan"..Terlebih 360 darjah pula mereka pusing sehingga tergolek bergulong-gulong menentang S.Ambiga sehingga membuat laporan polis semata nak tarik simpati pengundi dengan bermain wayang gambar arahan Mat Sabu(Masih tak kenal lagi..Hehehe..Jangan kau sebut nama Si Normah) dan Hero Tua Nik Ajis..Jika dalam Bersih 2.0 "Patung Hindu S.Ambiga" inilah yang mereka sembah kini mereka tentang pula...hehehe..macam2 putar belit Puak PAS ini nak menutup "Pekong Busuk Mereka"..

Ee ingin ingatkan sekali lagi PAS bukan memperjuangkan Islam tetapi hanya sebuah parti Politik yang penuh dengan cerita duka dan kecewa..Pemimpin mereka (PAS) mulut tidak boleh kawal punya..macam2 "Fatwa Songsang" mereka cipta nak menunjukan mereka terlebih Islam dari Islam yang lain..Dari memperjuangkan Negara Islam dan Hudud pusing 360 darjah pula ke Negara Kebajikan akibat terlepas cakap Hadi Awang dlm Muktamar PAS yang lepas..Hadi Awang yang baru nak katam Al Quran baru tersedar bahawa hudud hanya 0.0001 peratus saja dalam Al Quran.. Hehehe..Macam2..Tak lama lepas diperkudakan dik Ambiga dalam Bersih 2.0 tiba-tiba Mat Sabu pula kononnya nak jadi Hero pertama Negara Kebajikan ala PAS dengan mengistiraf kominis sebagai Wira Negara..La ni.. bila nak dekat PRU sekali lagi Hudud dicanangkan Nik ajis pula nak jadi Hero Tua tergigil-gigil pegang tongkat nak pukul siapa saja yang tolak Hudud baru kena "Gertak dik Karpal Singh Yang di dadanya ada Bulan Mengambang" terkincit-kincit dalam seluar..Yang dipersalahkannya UMNO..Inilah PAS yang menghalalkan apa yang dikatakan "Halal wal Haram" dalam PAS (Hehehe..maksudnya Halal bagi mereka yang menyokong PAS.. Haram bagi mereka yang menyokong UMNO) Inilah Munafiknya PAS..

Pada Ee jika nak dihuraikan segala tipu muslihat PAS dalam arena politik dan dituliskan menjadi buku rasanya dakwat selaut banyaknya pun tidak cukup.Nasihat Ee kepada HamPAS2 janganlah terlalu diperbodohkan dan hanya tahu angguk2 dan geleng2 sapi saja..Allah telah kurniakan kita ini akal fikiran untuk berfikir yang mana betul atau tidaknya..Ee ingin ucapkan Tahniah kepada Pemimpin2 PAS yang mewarisi "Sifat Munafik Abdullah bin Ubai Tokoh Munafik Zaman Rasullah saw"..Fikir dan pulanglah kepangkal jalan..Renung2kanlah..

psssst:  time kasih EE Si Kucing

Rabu, 19 Oktober 2011

Pemansuhan ISA

                       
Berikutan pengumuman YAB Dato’ Sri Mohd Najib untuk memansuhkan akta keselamatan dalam negeri ( ISA ) dan akta buang negeri 1959 dalam perutusan Hari Malaysia pada 15 september 2011. Saya berpendapat bahawa langkah pembaharuan ini amat positif dan sangat berani. Langkah ini juga bertepatan masanya berdasarkan langkah ke hadapan dan realiti baru dunia hari ini. Era sekarang ini menuntut lebih keterbukaan dan negara tidak boleh berada di takuk lama. Kerajaan moden seperti Malaysia perlu cekap mengurus risiko tanpa bergantung kepada undang-undang seperti ISA.

Disini saya ingin memberikan sedikit pandangan dan input bagi membolehkan langkah drastik ini dilaksanakan dengan lebih berkesan sesuai dengan keadaan negara kita malaysia ini.
Pemansuhan akta ISA ini  jelas menunjukkan bahawa keprihatinan kerajaan di bawah pimpinan YAB PM  untuk menjadikan Negara Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi terbaik dunia. Perkara ini adalah salah satu daripada perjalanan transformasi negara. Disini saya membawa kembali petikan ucapan PM yang kita sanjungi bagi menjelaskan lagi hasrat sebenar beliau dalam perihal isu ini. Dato Sri Najib Tun Razak berkata dalam ucapannya iaitu, "justeru itu sudah sampai masa kita melangkah sederap lagi ke depan bawa negara kita sebagai negara yang tinggi perjalanan bukan saja ekonomi, sosial, pendidikan tapi pegangan kepada prinsip demokrasi parlimen. kita nak letakkan tahap demokrasi negara kita ini antara yang terbaik di dunia, ini kerana kita yakin dan percaya bahawa kita perlu menjadi sebuah negara moden dan progresif."

Selain daripada pemansuhan akta keselamatan dalam negeri ini, kerajaan juga telah memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 yang dianggap sudah lapuk dan tidak sesuai dilaksanakan pada masa kini dan juga pemansuhan terhadap Akta Kediaman Terhad 1933. Pihak kerajaan juga bersetuju untuk mengkaji semula Akta Mesen Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Polis 1967.

Kesediaan pihak kerajaan untuk mengkaji semula akta-akta tersebut telah menunjukkan bahawa kerajaan benar-benar mahu rakyat dapat hidup dengan lebih selesa selaras dengan ke arah negara maju menjelang 2020.
keputusan itu membuktikan keberanian kerajaan dalam mempertahankan kebebasan bersuara selain yakin terhadap sistem kehakiman sedia ada sekali gus menunjukkan bahawa pihak kerajaan di bawah kepimpinan Dato Sri Mohd. Najib sedang cuba untuk menjadikan malaysia sebagai salah satu negara demokrasi yang terbaik di dunia serta hak rakyat untuk bersuara dan menyatakan pendapat dapat di salurkan dengan baik sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini.
Usaha mengubahsuai  undang-undang sedia ada adalah perlu agar  seimbang dengan perubahan zaman dan menjamin kepentingan keselamatan negara dan rakyat. kebanyakan perkara ini perlu dilakukan secara bersama oleh pelbagai pihak dalam menggubal dua undang-undang baru bagi menggantikan akta ISA ini supaya akta baru yang digubal itu akan lebih sesuai dan pragmatik sesuai dengan tuntutan semasa. Dato Sri Mohd. Najib Tun Razak dalam perutusan sempena Hari Malaysia 2011 mengumumkan pemansuhan akta ISA 1960 adalah merujuk kepada penamatan tiga proklamasi darurat bagi membolehkan malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang lebih dinamik.

Disini juga dicadangkan beberapa rangka progresif yang boleh diambil oleh pihak kerajaan dalam melangsungkan hasrat pemansuhan akta ini. Kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan seperti pihak Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara hendaklah memberi penjelasan menyeluruh bagi mengelakkan salah pengertian dan mungkin akan membentuk persepsi negatif di kalangan rakyat. Ramai  di luar sana yang masih tidak jelas mengenai kebijaksanaan di sebalik pemansuhan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta kekuatan dua undang-undang baru yang akan diperkenalkan bagi menghadapi ancaman keselamatan

Bila memperkatakan tentang dua undang – undang baru yang akan digubal bagi menggantikan ISA itu nanti timbul sedikit keluh kesah rakyat. Rakyat melihat sebelum berlakunya pembubaran Akta ISA, sepatutnya dua rang undang-undang baru itu perlu diluluskan terlebih dulu sebelum keputusan memansuhkan isa di buat dan bukan sebaliknya. Mengikut pendapat rakyat melalui tinjauan yang dibuat, kerajaan boleh buat satu refendum untuk mendapatkan maklumbalas dari rakyat mengenai isu ini. Ada juga pendapat yang mengatakan biarlah rakyat yang menentukan isu sepenting pemansuhan isa ini. Tidak kurang persoalan yang ditimbulkan kenapa PM mengambil risiko membuat keputusan yang di lihat sebagai “unilateral” ini?

Rungutan sebegini dilihat bukanlah satu permasalahan yang besar akan tetapi saya cukup yakin jika diberikan input – input yang jelas mengenai perkara ini kepada rakyat, ianya tidak mungkin akan membelenggu fikiran rakyat. Dalam masa yang sama pihak kerajaan juga perlu mengambil kira  dua (2) undang-undang baru bagi menggantikan ISA ini adalah undung – undang yang terbaik supaya mana tidak menjadi isu atau buah mulut terutamanya dari pihak pembangkang. ISA sudah mansuh, apakah kedua-dua undang-undang baru ini dapat diluluskan oleh parlimen nanti dengan majoriti 2/3 dalam komposi ahli perlimen sekarang?. Persoalan ini juga perlu diambil kira oleh pihak kerajaan. Ianya adalah kerana kemungkinan – kemungkinan kerajaan akan berdepan dengan masalah undang – undang baru tersebut mendapat tentangan dari phak pembangkang, dan situasi sebegini  boleh mengganggu gugat keselamatan negara dan rakyat kerana tidak ada suatu peruntukkan undang –undang atau  akta bagi menangani masalah yang hanya boleh ditangani sebelum ini dibawah akta ISA.

Seperti sudah menjadi tabiat bagi rakyat negara ini sesuai dengan pepatah “ rumah siap pahat berbunyi “, yang mana terdapat juga suara – suara sumbang yang mengatakan perkara ini berlaku adalah kerana atas desakan daripada PR. Apa yang jelas pada hemat saya adalah Pemansuhan Akta isa itu bukan atas desakan dari mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan politik, tetapi ia adalah satu pembaharuan bagi menjamin keselamatan rakyat dan hak bersuara rakyat. Memansuhkan akta itu membuktikan bahawa isa bukan digunakan sebagai senjata Barisan Nasional ( BN ) seperti yang sering didakwa pembangkang. kerajaan mengambil tindakan berani di luar pemikiran pembangkang, di mana rakyat kini mendapat hak sepenuhnya untuk di bicara.

Pemansuhan ISA ini merupakan hadiah bermakna untuk rakyat Malaysia dan ia merupakan kepercayaan dari Perdana Menteri yang yakin negara ini tidak lagi diganggu dengan jenayah keganasan dan sebagainya.  Pemansuhan akta ISA  merupakan penamat kepada segala tomahan pembangkang yang mendakwa akta itu digunakan kerajaan untuk menzalimi rakyat.

Diharapkan rakyat malaysia dapat berfikir dengan baik dan relevan serta tidak terlalu mengikut emosi di atas setiap tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Sekiranya  mempunyai cadangan atau pandangan yang hendak dilakukan, cara terbaik adalah dengan berbincang atau bermusyawarah demi menjamin kebaikan bersama. Hal ini kerana, kerajaan hari ini telah sedaya upaya  bersifat terbuka dan telus demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta mendapat keyakinan dari negara-negara luar terutamanya pelabur-pelabur bahawa Negara Malaysia mempunyai sistem politik yang stabil dan ekonomi yang kukuh.

oleh demikian, dapatlah dikatakan bahawa kita sebagai rakyat negara ini perlu memandang positif pemansuhan akta tersebut kerana setiap tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan adalah bertujuan untuk kesejahteraan rakyat dan usaha ini perlulah disambut baik dan bukanya dengan pandangan negatif terhadap setiap tindakan yang dilakukan kerajaan. setiap perubahan yang dilakukan memerlukan sokongan daripada semua pihak untuk merealisasikan keberkesanan dan kejayaannya demi untuk kebaikan rakyat dan negara tercinta ini.

Saya mengharapkan dengan pemansuhan akta keselamatan dalam negeri ( ISA ) 1960, pemansuhan akta buang negeri 1959 dan usaha mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia fleksibel dengan kehendak semasa, di samping penggubalan dua undang-undang baru di bawah semangat serta lembaran 149 perlembagaan persekutuan itu nanti, rakyat negara ini akan terus mengecapi nikmat keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup serta mengharapkan apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan perlembagaan  persekutuan malah mampu mensifarkan dari subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.


BAJET PAKATAN RAKYAT BAJET MAT JENIN


Bajet yang telah dibentangkan oleh Anwar Ibrahim digelarkan sebagai Belanjawan Kesejahteraan Pakatan Rakyat 2012 sebenarnya adalah ‘Bajet Mat Jenin’ yang penuh dengan angan-angan kosong. Sesuatu bajet perbelanjaan dalam sesebuah negara mesti dibentangkan oleh Menteri Kewangan, iaitu orang yang menerima amanah untuk menguruskan wang negara dan sudah tentu negara mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk dibelanjaan dalam tempoh satu tahun.

Sungguh melucukan, kalau kanak-kanak mendengar pembentangan belanjawan oleh Anwar ini pasti ketawa besar dan tergolek-golek di atas rumput, kerana pembentangan belanjawan tersebut tidak mempunyai nilai-nilai moral dan amat memalukan. Beliau dianggap sebagai manusia yang ‘gila talak’ kerana tidak tahu malu yang masih menganggap dirinya sebagai Menteri Kewangan, padahal beliau adalah bekas menteri kewangan yang telah dipecat. Sepatutnya, pembentangan belanjawan itu dilakukan oleh mereka yang mempunyai kuasa pemerintahan, mempunyai sumber kewangan yang cukup dan dibentangkan oleh Menteri Kewangan. Sebab itu, pembentangan belanjawan tersebut adalah pembentangan ‘Bajet Mat Jenin’ yang penuh dengan angan-angan, tetapi tidak mempunyai apa-apa di dalamnya. Anwar Ibrahim dengan gayanya ala hero tamil mengambil masa berjam-jam untuk membentangkan belanjawan ‘Bajet Mat Jenin’ yang penuh dengan ilusi dan khayalan dengan mengemukakan pelbagai istilah-istilah baru yang bagi menunjukkan kehebatannya dalam bidang ekonomi dan pengurusan negara. Bagaikan mimpi di siang hari, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat membentangkan bajet mimpi yang penuh dengan fantasi mendahului pembentangan bajet Kerajaan. Pakatan Rakyat, gabungan parti-parti PAS, PKR dan DAP yang merupakan Pakatan Haram, telah memperuntukkan belanjawan sebanyak RM220 bilion bagi tahun 2012, iaitu lebih kecil daripada belanjawan kerajaan sebanyak RM232.8 bilion. Bagaimanapun, pakatan haram itu meramalkan pendapatan kerajaan sebanyak RM181 bilion adalah mustahil boleh dicapai.
Walau bagaimanapun, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memilih untuk berbelanja lebih pada 2012 bertujuan untuk merangsang permintaan domestik dan pelaburan. Lagipun, asas ekonomi negara kekal kukuh dan mantap, di mana aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) telah meningkat enam kali ganda kepada RM29 bilion pada 2010 yang merupakan pertumbuhan tertinggi di Asia. Pada separuh pertama 2011, FDI mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 75 peratus kepada RM21.2 bilion berbanding RM12.1 bilion bagi tempoh yang sama pada 2010.
Pakatan Rakyat membentangkan Bajet 2012 mereka dengan penuh angan-angan tiga hari lebih awal adalah satu kesilapan besar. Mungkin ini dianggap strategi oleh mereka, tetapi strategi mereka untuk memperlihatkan bajet Pakatan Rakyat ditiru oleh pihak kerajaan tidak menjadi, ternyata usaha bodoh ini menampakkan kejahilan diri mereka. Jika percaturan tidak menjadi, masing-masing terpaksa menahan malu yang amat besar. Sesungguhnya Pakatan Rakyat gagal meneliti secara mendalam berkenaan sosio bajet rakyat secara keseluruhan, mereka hanya memberi penekanan yang kurang tepat membuat rakyat takut dengan jumlah angka peruntukkan bajet pakatan rakyat sebanyak RM220 bilion. Sepatutnya pakatan rakyat menumpukan usaha kepada kerja-kerja membantu rakyat terlebih dahulu sebelum membentangkan bajet kosong yang mencekik diri dan tidak mempunyai apa-apa nilai.
Cadangan Pakatan Rakyat melalui lidah Anwar yang penuh dengan ‘air liur basi’ untuk memotong sejumlah besar peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) tahun depan iaitu RM10 bilion, pastinya akan menjejaskan bayaran gaji untuk ribuan warga kerja JPM. JPM merupakan tunjang ekonomi negara dan badan pembuat keputusan kerajaan dan badan pelaksana. Mungkin cadangan belanjawan Pakatan Rakyat yang paling kontroversi ialah penetapan gaji minimum RM1,100 untuk mengatasi masalah kebergantungan kepada pekerja asing. Bagaimanapun, banyak penganalisis politik berpendapat cadangan itu melucukan, tidak praktikal dan memudaratkan daripada segi sosio-ekonomi. Gaji yang dicadangkan itu jauh lebih tinggi berbanding kadar pasaran semasa bagi buruh tidak mahir. Adalah tidak masuk akal untuk menjangkakan kenaikan gaji yang begitu tinggi untuk pekerja tidak mahir tanpa mempertimbangkan kesan langsung dan tidak langsung terhadap permintaan buruh, inflasi dan produktiviti.

Dalam cubaan untuk memanfaatkan setiap peluang yang ada, Pakatan Rakyat turut tidak ketinggalan membentangkan apa yang dipanggil sebagai belanjawan memastikan kesejahteraan untuk semua. Namun disebalik pelbagai janji manis dan angka-angka besar, apa yang dikenali sebagai belanjawan bayangan itu, sekiranya dilaksanakan, bakal mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan kepada rakyat biasa Malaysia. Terdapat beberapa contoh bagaimana kehidupan akan berdepan dengan kesukaran di bawah cadangan belanjawan pembangkang ini. Di antaranya ialah peruntukan subsidi yang amat kecil iaitu sebanyak RM22 bilion berbanding subsidi kerajaan sebanyak RM33.2 bilion dan perkara ini bermakna lebih ramai rakyat menjadi susah, terutama golongan miskin yang berpendapatan rendah. Mereka akan berdepan dengan kesukaran untuk menyara kehidupan berikutan kos hidup yang semakin meningkat.

Menurut penganalisis politik, dokumen belanjawan Pakatan Haram mengandungi preskripsi ortodoks Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk Malaysia ketika Anwar menjadi menteri kewangan semasa krisis kewangan Asia 1997-98 sebelum beliau dipecat. Cadangan pemulihan itu termasuk mengenakan kadar faedah tinggi, memperketatkan pinjaman bank, meningkatkan duti import dan melakukan pemotongan besar-besaran terhadap perbelanjaan infrastruktur awam, yang sekaligus menyekat pertumbuhan ekonomi. Rakyat Malaysia yang mengharungi krisis itu selama lebih satu dekad sukar untuk melupakan penderitaan yang mereka terpaksa lalui.

          Seperti biasa dan sebagaimana yang dijangkakan, Bajet Belanjawan 2012 dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mendapat bangkangan dari golongan pembangkang. Mereka marah, kerana Bajet Mat Jenin 2010 mereka yang penuh dengan angan-angan itu tidak dapat dilaksanakan. Di kalangan mereka yang membuat perbandingan bahawa bajet yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak adalah lebih baik dari Bajet Mat Jenin mereka. Pendekatan lebih baik ialah kenaikan secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi kadar gaji minimum. Menariknya, gaji minimum RM1,100 itu juga akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 pekerja sektor awam yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah. Cadangan itu dan perancangan pembayaran bantuan khas untuk kanak-kanak, warga tua dan wanita, semuanya akan dibayar setiap tahun, telah menimbulkan kebimbangan terhadap kekukuhan kewangan negara di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

          Tumpuan khas yang diberikan kepada penjawat awam membabitkan peruntukan sebanyak RM5.9 bilion turut menimbulkan tanda tanya ekoran sejak awal lagi pakatan menegaskan perkhidmatan awam sudah terlalu besar dan perlu dikecilkan. Mungkin orang akan mempersoalkan bahawa motif Pakatan Rakyat dalam mengambil pendekatan populis itu sebenarnya bertujuan untuk memancing semula sokongan penjawat awam. Natijahnya ialah Pakatan Rakyat membelanjakan wang kosong yang tidak dimiliknya dan belanjawannya kekal dibayangi oleh pelan induk sosio-ekonomi kerajaan Barisan Nasional yang pragmatik.

wooo : banyak dana nak masuk dari alam ghaib ni...

Jumaat, 7 Oktober 2011

syarat pelaksanaan hukum hudud

MUQADDIMAH

Sejarah telah mebuktikan bahawa hukum HUDUD adalah
satu peraturan yg bijaksana, adil, mampu mengawal
kebaikan
dan telah memberi jalan keluar kpd masalah
manusia. Dizaman kegemilangan Islam yg lampau , orang
kafir pun menerimanya
.

Bagi orang beriman, hukum HUDUD dirasakan satu
anugerah yg mengandungi nikmat. Kerana ia memberi dua
faedah yg besar:
 
1. Ia seolah-olah pagar yg mengawal tanam-tanaman
dari serangan binatang-binatang yg hendak memakannya.
Yakni HUDUD membersihkan masyarakat drp orang-orang
jahat yg mahu mengganggu keselamatan dan kebaikan
insaniah dan material yg mereka telah cetuskan.
 
2. Bagi orang-orang yg melakukan kejahatan sama ada
sengaja atau tidak, mereka diberi jalan keluar untuk
lepas dari hukuman Akhirat. yang mana dosa yg sudah
dihukum di dunia (secara HUDUD) tidak lagi dihukum di
Akhirat.
Disinilah menunjukkan betapa pentingnya perlaksanaan
hudud didahului dengan kesedaran iman dan kefahaman
Islam.
Sebagai pagar, maka hukum HUDUD hanya mungkin
dilakasanakan setelah segala anak benih kebaikan
selesai ditanam dan tumbuh dengan subur didalam
masyarakat
.
Orang tidak pernah buat pagar dulu sebelum
benih-benih tanaman ditanam. Dan lagilah tidak pernah
berlaku orang yang buat pagar untuk memagari lalang.
Ertinya hukum hudud itu ditegakkan dalam masyarakat
yg sudah baik-baik
demi mengawal kebaikan drp
dirosakkan oleh orang-orang jahat yg sudah tidak
dimakan ajar.
Sebaliknya, kalau hukum hudud ditegakkan dalam
masyarkat yg majoriti belum baik
, maka fungsinya yg
sebenar tidak akan berjalan
. Sebaliknya hudud akan
jadi 'bala' dalam masyarakat, yakni masyarakat akan
hiruk pikuk dengan hukum, denda, seksa dan lain-lain
yg tidak kenal rehat. Hingga masyarakat itu nampak
begitu kejam dan tidak ada kedamaian dan kasih sayang
lagi.
Pagar hanya tahan mengawal dua tiga ekor lembu tapi
kalau sudah beribu-ribu lembu, pagar boleh roboh
dibuatnya.Sedang dalam masyarakat yg sudah dididik
iman dan taqwa, hukum hudud yg diancamkan itu akan
benar-benar memberhentikan maksiat.Cukuplah sekali
tangan seorang pencuri itu dipotong dan dipamerkan
untuk diambil pengajaran oleh orang-orang lain, maka
hasilnya, tidak berlaku lagi sebarang kecurian dalam
masyarakat itu.

Tapi hari ini, masayarakat masih liar, bukan saja
tangan dipotong, kalau kepala dipotong pun nescaya
tidak membuatkan orang lain "bercuti" dari kejahatan.
Sebaliknya orang-orang jahat itu akan mengejek-ejek
mengatakan Islam itu kejam, zalim dll.
ALLAH minta kita lakukan amar makruf dulu kemudian
barulah nahi mungkar. Yakni tegakkan kebaikan dulu
baru cegah kemungkaran. Bukannya ghairah sangat
hendak menghukum penjahat sedangkan usaha-usaha
mengajak kebaikan tidak diberi perhatian serius.
Hukum hudud yg ALLAH sudah tetapkan dalam AlQuran
adalah satu kaedah menghukum yg sungguh tinggi nilai
dan hikmahnya. Ia lebih bijak, lebih tepat dan lebih
adil dari "hudud-hudud duniawa" yg dicipta oleh
manusia.
 
Contohnya dalam kes curi, ALLAH menetapkan
hukumannya iaitu dipotong tangan. Manakala mengikut
peraturan manusia, pencuri dihukum penjara atau denda.
Mana lebih bijak dan adil? Pencuri yg mencuri kerana
sengaja bukannya terpaksa atau terdesak, tidak akan
dapat diubat penyakitnya itu hanya dgn penjara atau
denda. Bagi pencuri yg pakar, hukuman denda mendorong
dia untuk lebih kreatif dan aktif mencuri.
Maka akan lebih ramai orang yg diseksanya kerana
kehilangan harta. Oleh itu, supaya pencuri
benar-benar rasa betapa sakitnya orang-orang yg dicuri
hartanya itu, sipencuri mesti disakiti dgn kesakitan
yg setimpal. Yakni hilangkan atau 'curi' tangannya.
Tetapi ALLAH tidak perintahkan dipotong kaki pencuri,
walaupun kaki turut terlibat dalam mencuri. Sebab
potong kaki agak keterlaluan, kerana itu mengambil
atau menghilangkan kehidupan si pencuri kerana tidak
boleh bergerak lagi. Sedangkan akibat mencuri itu
bukan sampai orang yg kena curi itu tidak boleh hidup
lagi. Demikianlah sukatan hukuman hudud, ia
betul-betul setimpal dan berpada dgn kesalahan
seseorang. Jelas ini menunjukkan tujuan hudud ialah
agar pesalah merasa kesakitan yg seimbang dgn
kesalahannya keatas orang lain. Jangan kita rasa
hukuman hudud ini kejam. Sebab hukuman itu sama
timbangannya dengan kekejaman yg dilakukan oleh
pesalah terhadap orang lain.
 
Demikianlah halnya dengan hukum-hukum yg lain dalam
Islam. Sudah ALLAH sukat dan tetapkan dgn jelas dan
terperinci. Ia tidak boleh ditukar ganti, dirombak,
dipinda dan dipersoalkan. Kita cuma dibenarkan mencari
hikmahnya untuk kita lebih yakin dgn hukum ALLAH.
Diantara hukuman-Nya yg telah tetap tidak boleh
berubah-ubah lagi ialah:
 

1. Hukuman pancung kpd orang yg tidak sembahyang tiga
waktu berturut-turut tanpa uzur syar'i sesudah
dinasihatkan.
2.Hukum qisas iaitu membunuh dibalas bunuh, luka
dibalas luka.
3.Hukuman sebat kpd orang yg membuat fitnah.
4.Hukuman rotan 100 kali pada penzina yg belum
kahwin, direjam sampai mati pada penzina yg sudah
kahwin.
5.Hukuman rotan 80 kali kpd orang yg menuduh orang
berzina tanpa bukti yg cukup
6.Rotan 80 kali untuk peminum arak
 

Khamis, 6 Oktober 2011

Pengkhianatan PAS terhadap Islam


1. HUKUM MENGIKUT RASA

PAS tidak konsisten, hukumnya berubah-ubah mengikut kepentingan PAS sendiri. Pada tahun 1963 Dewan Ulama PAS Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram. Tiba-tiba pada bulan April 1999, PAS bekerjasama dengan Parti DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999). Nik Aziz bersyukur kerana DAP menerima PAS walaupun menolak negara Islam (Berita Harian 12 Mei 1999).

Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata, "orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik … siapa adik kakak, ambil orang kafir buat kawan baik". (Disambut beramai-ramai "UMNO")…Ha…UMNO… Apa hukum orang ni?…..(Pendengar jawab "Munafiq") dan disambung dengan "Munafiq"

Pada 24 Januari 1999, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau Melaka, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti polilik, termasuk DAP dalam pilihanraya umum akan datang, malah katanya dengan syaitan sekalipun beliau terima.

2. PERPECAHAN UMMAH

Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama (2 Jumaat sekampung), kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah. Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, memutuskan silaturrahim dan putus hubungan karabat atau adik-beradik. Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.

3. MEROSAKKAN AMAL IBADAT

Orang-orang PAS yang belum dapat mendirikan pusat Jumaat sendiri, mengambil tindakan sembahyang jemaah berasingan di dalam sebuah masjid seperti Di Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat, Marang, Terengganu. Di dalam satu kariah, didirikan dua Jumaat, satu di masjid kariah dan satu lagi di Markas PAS yang dijadikan masjid. Jika tiada markas PAS di sesuatu kariah, ahli PAS di kariah itu akan berjumaat di kariah lain di mana terdapat markas PAS atau masjid yang dikuasai oleh orang PAS.

4. MENENTANG PERLAKSANAAN PROGRAM ISLAM

Program-program Islam bagi melaksanakan Instituis Islam dicemuh oleh PAS, seperti penubuhan Bank Islam, Universiti Islam dan Institusi Islam yang yang lain. Ini dilakukan untuk tidak menampakkan imej Islam pada UMNO dan kerajaan. Mereka menentang perlaksanaan program Islam. Anehnya antaranya pemimpin PAS itu, ada yang merayu supaya anaknya dapat memasuki Universiti Islam dan universiti-universiti lain.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Hadi Awang mensifatkan penubuhan Bank Islam dan pajak gadai Islam yang sedang diusahakan oleh kerajaan tidak memberi apa-apa ertipun kepada umat Islam di negara ini.

"Perkara ini hanya sebagai kulit yang berlambangkan Islam sedangkan pemerintahan negara tidak dijalankan mengikut cara Islam". (Harakah - 26 Januari 1983).

5. AMANAT HADI MEMBAWA KESESATAN

Di dalam Fatwa Haji Hadi pada 7 April 1981 (ada rakaman kaset) dinyatakan bahawa sesiapa dikalangan pengikut PAS yang mati kerana melawan UMNO adalah mati syahid, mati Islam, kerana UMNO mempertahankan perlembagaan Malaysia yang dikatakan sebagai peraturan kafir dan perlembagaan penjajah. Pada hal PAS juga menggunakan Perlembagaan yang sama (Undang-undang Tubuh PAS Fasal 6 (II). PAS juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif (1999).

6. PENYELEWENGAN ZAKAT

PAS melawan pihak berkuasa di dalam urusan kutipan zakat dan mengutip zakat di kalangan ahli-ahli dan penyokongnya bagi kepentingan parti itu. PAS juga mengeluarkan fatwa bahawa membayar zakat kepada PAS sah, kerana PAS berjuang Fi Sabilillah. Kutipan itu dibuat tanpa peraturan dan rekod yang kemas. Hak-hak asnaf yang lain tidak dipedulikan.

7. DERMA JIHAD YANG JAHAT

PAS banyak mengutip derma di setiap ceramah-ceramah yang diadakan, tetapi pengurusannya tidak telus. Amanah tidak terpelihara. Ia bukan sahaja salah dari segi undang-undang, tetapi lebih salah dari segi syariat. Amanat Hadi menyebut "Derma kita adalah Jihad".

8. PULAU MEMULAU

Pemulauan sembahyang jenazah, kenduri dan lain-lain lagi yang dilakukan oleh orang-orang PAS terhadap orang-orang UMNO, tanpa menghiraukah hukum-hukum kejiranan dan persaudaraan Islam. Berlakunya perceraian suami isteri kerana berlainan parti dan kubur juga berasingan (di Gong Medang, Tembila, Besut dan di Kampung Cik Long, Setiu).

9. PEMBOHONGAN PAS

PAS mendakwa hendak menegakkan negara Islam. Sebenarnya PAS berbohong kerana dalam Perlembagaan PAS tidak menyebut penubuhan negara Islam Cuma cakap-cakap dalam kempen PAS sahaja.

10. BERGADUH SURUHAN ALLAH

Sebenarnya perjuangan PAS mengharuskan pergaduhan. Haji Abd Hadi Awang selaku Timbalan Presiden PAS telah menyalahtafsirkan ayat 251, surah al-Baqarah dengan kata:

"Kalau Tidak menjadikan manusia ini bergaduh nescaya akan rosaklah muka bumi ini ". Ucapan ini dibuat beliau di Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu pada 24 September 1980 (Ada rakaman kaset).

11. MEMPERSENDAKAN HUKUM HUDUD ALLAH

PAS telah mempersendakan hudud Allah. Buktinya setelah Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau berkata "Perlaksanaan hukum hudud melalui proses panjang". Apakah ertinya proses panjang sedangkan hudud PAS diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 November 1993, dengan nama Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. Mengapakah tidak memilih jalan pendek dengan menggunakan hudud PAS Kelantan, sedangkan larangan terhadap qariah menyertai tilawah mengikut keputusan Kelantan?

Haji Hadi juga berkata :" Hudud adalah satu aspek daripada 0.001% daripada hukum Islam". Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang dibesarkan selama ini diperkecilkan sehingga 1/10,000. (Utusan Malaysia 7 Mac 2000).

Apa yang menghairankan penggubalan Hudud Kelantan dahulu di pengerusikan oleh Haji Hadi sendiri.

12. PAS HINA WANITA

PAS menghina kedudukan wanita dengan mendolak dalihkan hukum terhadap mereka serta tidak menggalakkan mereka bekerja. Mereka tidak dibenarkan menjadi calon tetapi membenarkan pengundi PAS mengundi calon wanita daripada parti lain dalam gabungan Barisan Alternatif. Suara wanita adalah aurat apabila membaca Al-Quran, sebaliknya suara-suara Muslimat PAS dibenarkan berkempen memaki dan mencaci dan bersuara di Dewan Negara. Lebih tidak berakhlak lagi Nik Aziz menyamakan tilawah Al-Quran dengan nyanyian.

"Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga," kata Nik Aziz pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu.

Pada 20 Julai 1999 Nik Aziz berkata, cadangan kerajaan negeri memberi pekerjaan kepada wanita "kurang rupawan" kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. Jika wanita rupawan tidak bekerja ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka.
 
 
uhhhhhh : untuk UMNO didoakan kebinasaan, untuk DAP apa plak doanya....?

Sabtu, 1 Oktober 2011

majlis merdeka raya gabungan jabatan




uuhhh : last dah ni rasanya jamuan raya, jom kerja pulop...hari raya besar nak mari dah tu...

Khamis, 22 September 2011

angkat bakul skit...

kenangan semalam

 kangar Perlis, zaman perjuangan dulu tatkalo mulo

 macam nok gi akad nikoh, macam jah la

 lepas berbuka puasa di Grand Cont, Kuala Terengganu

 BerNGO skali skale

 bergurau ngan Abang Mat sekali

 pelepas niat dulu guano - guano pun

 pantai Bkt Keluang...gatal air dio lo ni

 rehat lepas majlis hari raya kampung ambo

 aduiii sakit kepalo den

 cepat - cepat mari ambik hadioh ni

 biaso kito beri ko ore hadioh..ni ore la pulok beri ko kito

 tinggal kenangan : bersama Allahyarham Shahrum yang
kembali ke rahmatullah pada 21 September 2011
Al - Fatihah
 bersama masyarakat thai kampung Renek

 buke puase bersama Setiausaha Agong NGO
...berselera Tuan Syed..
 ngantuk nyerr ambo

 mari kiro niey nok kelik doh ni

 tukang kacau bubur lambuk

Hallo..nok banyok mano, okay..okay
3000 bekas orang tempah


ejah molek..ejah molek...

dengan Tok Dekar ambo...
ammar hazreeq

uiii : jangan marah haaa...





Rabu, 21 September 2011

rilek ngan saing - saing lamo jap...


Lokasi kejadian : restorant Cik Ngal, Tok Dor
Masa                : malam
Program           : Jumpa Gu - Gu Lamo

 sesi suai kenai smula...apo kabar tuan A.D.O

 sesi meng'oder' air

 suko besar Tuan A.D.O...

 haa..ni dio tukang bunyi kato nyo...bunyi guano tu

 pakai spek : cikgu hassan...nasib baik cikgu hassan
bukan Sarjan Hassan
kalu dop Abg Mat " S " godey parok doh demo

 ni dio...welcome to the club...
basikal baru terjun lubang molek belok rim

 ambo stuju...kito mitok hahahaha

 cikgu bengkel bakpo dok tahu gu ambo pakai namo tu..
perangcang utama ni

 sengeh blako awok2

 dok makang ke...dok kang minum jerr

 hok ni orang kuat2..

 bunyi kabar cikgu paling bengkeng di seberang laut,
rotan tukar 4 kali sebulan

 tuah ayam napok di kaki, tuoh saing - saing tupang skaki kato
cikgu duan

 senyum meleret gu kite..molek

 abg jax hensem

bayar la bos nok kelik doh ni

uiii: timo kasih cikgu pijun, 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...