Bukti pembabitan Gereja murtadkan orang Islam didedahkan oleh YB Zulkiflee Nordin!
Pejuangmelaka melihat ada golongan yang cuba menafikan penglibatan pihak gereja dalam gejala memurtadkan umat Islam khususnya bangsa Melayu didalam negara ini.
Sehingga ada dikalangan pimpinan PAS sendiri mempersoalkan tindakan JAIS menyiasat Methodist Church Damansara Utama yang dipercayai menjalankan kegiatan dakyah keristian dikalangan orang Melayu Muslim pada 03 Ramadhan 1432/ 03.08.20011 lepas.
Dikala umat Islam sedang menjalani 'ibadah puasa, kita dihina sekali lagi dengan isu murtad!
Peristiwa yang sama berlaku pada tahun 1997, lebih tepat Ramadhan 1997.
Dihari pertama umat Islam sedang berpuasa, segelintir kristian la'natullah telah menculik dan melarikan Aishah Bukhori sedang ayahanda Aishah, Tuan Haji Bukhori mengimamkan solat tarawih di Masjid Taman Rimba Terjun, Pontian.
Dalam sekelip mata mereka berjaya membawa Aishah menyeberangi Selat Johor memasuki Singapura tanpa paspot, dan kemudian terus diterbangkan ke Australia sehelai sepinggang.
Ini menimbulkan syak dikalangan umat Islam bahawa terdapat konspirasi terancang untuk menculik dan membawa Aishah Bukhori, macam mana seorang rakyat Malaysia beragama Islam boleh dibawa lari tanpa sebarang paspot?
Cuma bezanya pada masa itu, PAS menjadi juara kompang kampung mencanang kes murtadnya Aishah Bukhori.
Zulkefli Nordin yang menjadi peguam kes tersebut diarak kehulu kehilir berceramah diatas pentas PAS menceritakan kisah murtad Aishah Bukhori.
Puluhan ribu poster ditampal oleh para mujahidin dan bakal syuhada PAS, atas pokok, tiang letrik, bus-stop dan macam-macam tempat.
Pertama kes Aishah Bukhori sendiri.
Aishah semasa mengisytiharkan diri dia murtad kepada ayah dia Hj Bukhori melalui telefon pada 19.10.1997 sedang berada disebuah gereja di Panchor Jaya, Rasah, Negeri Sembilan.
Apabila Haji Bukhori dan keluarganya pergi ke gereja tersebut, berlaku pertengkaran kerana mereka tidak benarkan Aishah diambil oleh keluarganya.
Keluarga Aishah terpaksa balik hampa kerana tidak mampu berbuat apa-apa.
Kita jangan lupa peranan aktif yang dimainkan oleh Bar Council dalam isu murtad Aishah Bukhori.
Malahan sebenarnya murtadnya Aishah Bukhori membabitkan penglibatan secara langsung seorang peguam kafir ahli Malaysian Bar iaitu Leornard Teoh Hooi Leong. Beliaulah orang yang membuat permohonan ke Mahkamah untuk perintah habeas corpus untuk membebaskan Aishah daripada jagaan keluarga beliau.
Dalam permohonan bertarikh 28.11.1997 itu, secara jelas Leornard Teoh menyebut pada perenggan 6, bahawa dia dilantik...
"untuk memberi nasihat kepada Aishah berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan elah menyediakan surat Akuan Sumpah untuk Aishah menolak dan meninggalkan agama Islam."
Pada perenggan 23 Leonard Teoh berkata bahawa...
"Aishah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya.
Dan Leornard mendakwa tindakan ibubapa, abang dan bapa saudara Aishah telah melanggar hak kebebasan Aishah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".
Dan inilah Majlis Peguam yang sama yang Ambeega Sreenavasan pernah menjadi Presidennya yang kemudiannya ditabal oleh PAS menjadi kalipah dalam himpunan haram 09.07.2011!!!
Begitu juga kita jangan lupa rekod pertama penglibatan gereja didalam kes murtad orang Melayu beragama Islam pada tahun 1987.
Disebuah gereja di Petaling Jaya, seorang anak Melayu beragama Islam ditabalkan buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia sebagai paderi Melayu dibumi orang Islam ini.
Jamaluddin Osman, mengikut rekod adalah anak Melayu pertama diisytihar sebagai paderi secara terbuka disebuah gereja di Petaling Jaya.
Beliau juga terlibat secara langsung dan aktif untuk memurtadkan anak-anak Melayu ke agama kristian.
Jamaluddin Osman, atau nama kristiannya Padre Joshua Jamaluddin, telah ditahan oleh polis dibawah Akta Keselamatan Negeri kerana kegiatannya cuba mengkristiankan anak-anak orang Islam dianggap mengancam keselamatan dalam negara.
Namun sekali lagi Majlis Peguam dan beberapa NGO memainkan peranan aktif mencabar penahanan Jamaluddin Osman dibawah ISA.
Mahkamah Persekutuan tiada pilihan selain daripada membebaskan Jamaluddin Osman kerana peruntukkan ISA tidak membenarkan seseorang ditahan kerana memurtadkan orang Islam.
Inilah dia Majlis Peguam yang sama yang Ambeega Sreenavasan menjadi Presidennya, yang kemudian diangkat oleh PAS menajdi kalipah mereka dalam himpunan haram 09.07.2011!!!
Kegiatan gereja yang terlibat secara langsung dalam kegiatan memurtadkan umat Islam di Malaysia paling jelas berlaku dalam kes murtadnya Azlina Jailani.
Teman kemukakan bukti dokumen diatas, iaitu sijil membaptiskan (atau mengkristiankan) Azlina Jailani.
Ini adalah dokumen Mahkamah, bukan rekaan.
Pada masa itu, PAS terima dokumen ini sebagai bukti, dan antara yang terlibat secara langsung dengan teman membantah murtadnya Azlina Jailani.
Tak tahulah sekarang, takut nanti Ustad Hadi mintak teman kemukakan 4 orang saksi.
Apa yang disebut didalam sijil tersebut:
Certificate of Baptism:
This is to certify that AZLINA BT JAILANI (LINA) child of JAILANI BIN SHARIFF and his wife KALTHUM BIN OMAR born at Selangor date of Birth 08 January 1964 was baptized in CHURCH OF OUR LADY FATIMA-BRICKFIELDS KL on the 11 May in the year of our Lord 1998.
In the Name of the Father
and the Son
and of the Holy Spirit
Duty of Parents & Godparents You are responsible that this child be educated in the Faith, furthermore, it is your duty to bring up this child to live the Faith by observing God's Commandment as Christ taught us, namely loving God and your neighbor. Godparents are to help parents in their duty as Christian mothers and fathers.
Godfather: S.S. Santiago Godmother: Rosy Doraisamy Minister of Baptism: Joseph A. Pereira
Stamp of Church:
Church of Our Lady Fatima,
Jalan Sultan Abdul Samad,
Brickfields, 50470 KL
Jelas daripada sijil diatas pembabitan secara langsung sebuah gereja, iaitu Church of our Lady Fatima di Brickfields dalam kes murtad seorang Melayu Muslim bernama Azlina Jailani.
Dan kes Azlina Jailani, atau nama kristiannya Lina Joy (KP No: 640108-10-5038) telah dibawa ke Mahkamah Tinggi (MTKL No: R2-24-30-2000), kemudiannya dirayu ke Mahkamah Rayuan (RS No: W-01-29-2001) dan akhirnya dibicarakan sehingga ke Mahkamah Persekutuan (RS No. 01-02-2006W).
Akhirnya Mahkamah Persekutuan dengan beraninya membuat keputusan bahawa seseorang Islam itu tidak boleh murtad melainkan dengan, dan hanya jika diizinkan oleh, sebuah Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa.
Maka mengamuk sakanlah kaum kaafirun dan yang sewaktu dengannya.
Kegagalan mereka dalam kes Azlina Jailani, diikuti pula dengan kes perebutan jenazah Mohamed Moorthy Abdullah, dan kes perebutan anak S. Shamala menyebabkan mereka bergabung bersatu tenaga beberapa NGO termasuk Bar Council, Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Budha & Sikh, Suaram, Hakam, Sisters in Islam, AWAM, WAO, WCC, WDC dan beberapa lagi NGO mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama @ IFC dengan 17 tuntutan yang kesannya akan menjadikan murtad itu halal dan sah, serta Islam sebaris dengan agama lain dalam negara ini.
Strategi kafirun ahzab ini ditentang oleh umat Islam yang bersatu dibawah berpuluh NGO diketuai oleh PPI, Peguam Pembela Islam dan Pertubuhan Pembela Islam.
Himpunan Sejuta Umat diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan dengan kehadiran puluhan ribu umat Islam. Kempen tandatangan Sejuta Umat dilancarkan dan alhamdulillah lebih sejuta tandatangan berjaya dikutip dan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.
Pssstt : ehsan petikan dari Pejuang Melaka