Dulu untuk melihat bangunan atau rumah kedai dalam Dun Jabi mungkin agak berkurangan. Tetapi pada hari ini sudah banyak bangunan seumpama ini tumbuh di dalam Dun ini.
Terbaru di dalam Peti Undi Tok Dor, Majlis Daerah Besut telah mendirikan rumah kedai empat ( 4 ) pintu, dua( 2 ) tingkat di Kampung Tok Dor. Mungkin selepas ini, ia akan menjadi tempat yang baik bagi masyarakat disini untuk menjalankan apa jua aktiviti terutamanya aktiviti perniagaan dengan menyewa salah satu bangunan di sini.
Alhamdulillah, nampaknya bangunan pun dah hampir 90 peratus siap, cuma mungkin tinggal pembinaan landskap sahaja. kalau sebelum pembinaan ada kedengaran cerita - cerita panas mengenai pemilihan kontraktor untuk menjalankan kerja - kerja disni harap - harap selepas semuanya siap dan tiba masa untuk penyewaan lot bangunan tak de lah pula suara - suara yang memberitahu hal - hal yang tak sedap di dengar pulak. Berilah atau utamakanlah masyarakat di sini dahulu peluang untuk menyewa lot bangunan ini, dan jangan pula dilihat diberi kepada........
ehem, ehem, kite, kite...bukan ape banyak cerita tak best kat sini kerana mungkin bangunan ni dekat dengan pokok besar, pokok besar biasenye dikaitkan dengan penunggu ye ke..ader penunggu...???
walhal ape pun pihak yang berkenaan cepat2 siapkan kerja ni, dan pihak yang satu lagi berikanlah kelulusan kepada mereka yang layak, bukan kepada kite, kite....
( Bangunan Majlis Daerah Besut, Tok Dor )
pppsssttt : masa kecik2 dulu takut ngat ke pokok besor, lebih2 lagi mase balik ngaji Quran, awok2 kate ader hantu..