walaupun sesuatu benda itu barang lama tapi jangan dipandang ianya tidak mempunyai nilai yang terbaik, kerana barang lama jika diberi penjagaan yang terbaik pasti akan menghasilkan satu impak yang sangat besar. Lihat sahaja jenama - jenama lama yang begitu terselah kehebatannya di masa kini. Bagaimana sebuah " Lambretta " menjadi kegilaan kepada mereka - mereka yang mengerti akan sebuah barang lama.
Hanya satu perkara harus di ingat agar setiap barang lama itu sentiasa bernafas adalah seni penjagaan dan menghargai nilai sesuatu perkara itu. Pengurusan barang lama jika diberikan yang terbaik Insyaalah ianya akan kekal gah dalam arenanya yang tersendiri.
Orang Lama
Orang lama tidak seperti barang lama, kenapa ?? barang atau sesuatu yang lama hanya mempunyai nilainya yang tersendiri. Untuk menjadikannya gah di persadanya hanya penjagaan dan cara membawanya keera seterusnya sahaja. Tapi bagi orang lama penjagaan yang lebih perlu diberikan perhatian kerana ianya mempunyai hati naluri yang berlainan dan berbagai - bagai. Hati orang lama jika tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan satu bentakkan perasaan yang begitu dahsyat. Lihat sahaja bagaimana pemimpin - pemimpin kita yang berkecil hati dengan nilai yang diberikan terhadap dirinya. Oleh itu satu kaedah atau pendekatan perlu diambil untuk memastikan orang lama kita terus bersinar dan terjaga agar dapat memberi tunjuk ajar kepada orang baru.
pssstt : majlis berbuka puasa di Sutera Beach Resort Merang bersama orang - orang lama dan baru Dun Langkap