Rabu, 24 Ogos 2011

Kemeriahan Ramadhan..yang hampir ke penghujung

 Bila tiba sahaja penghujung Ramadhan, dapat kita lihat sambutannya semakin meriah. Dengan pemasangan pelita - pelita dihalaman rumah, keriuhan kanak - kanak bermain bunga api dan mercun, kelibat para ibu sibuk dengan kuih dan mempersiapkan baju raya, langsir raya semua benda yang raya raya lah.

Berbuka Puasa.

Satu lagi perkara yang tidak mungkin ketinggalan adalah majlis - majlis berbuka puasa di sana sini. Kemeriahan majlis berbuka puasa ini juga turut berlaku di tempat kita, bumi JABI. Sempat gak ambo pegi berbuka di beberapa tempat dalam suasana yang berbeza - beza. Kemeriahan tetap dirasa walaupun hanya sekadar berbuka kecil - kecil tapi penuh bermakna.

Candid majlis berbuka puasa




Majlis berbuka puasa bersama MB Terengganu Dato' Seri Haji Ahmad bin Said







Majlis berbuka puasa bersama Ahli Parlimen Dato Haji Mohd Jidin bin Safee




Majlis berbuka puasa Pergerakan Pemuda Dun Jabi

Semoga kemeriahan Ramadhan kali ini, kita tidak melupakan mereka - mereka yang tidak mempunyai peluang seperti kita untuk menikmatan segala - gala kenikmatan Yang Maha Esa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...