Selasa, 16 Ogos 2011

Pokok Besar, Penunggu dan dot dot dot

Penunggu...

Mengikut Kamus Dewan antara makna ' Penunggu ' ialah hantu atau puaka. Dalam masyarakat manusia, hantu atau puaka ini semulajadinya memang menakut lagi menggerunkan. Pontianak kata ceritanya, mula-mula cantik lepas itu katanya kalau dang dia mengilai...hah memang menakutkan! Sebiji macam pontianaklah!
Begitu juga hantu pisang.....mula-mula cantik macam Fasha Sandra, lepas itu....hah engkau! Itulah 'Penunggu'!...


Pokok Besar...
Hah ! inilah padanan yang paling tepat dengan " penunggu ", asal ade pokok besaq ja mesti ada penunggu...dulu cerita orang lama, pokok ni tak berpenunggu, tapi tak tahu macam mana pokok besaq tu boleh ada penunggu...ramai jugak yang hairan !!! ?

Dukun...
Ni lah kerja orang - orang Melayu kita, tapi sebenaqnya bukan Melayu ja, kaum - kaum lain pun sama, depa ada dukun depa sendri...tapi tak pa kita kira itu usaha nak selesaikan masalah...kita berserah ja pada Yang Esa lepas berusaha, kira pie kira mari..kena pie jumpa dukun, pokok berpenunggu punya pasai la ni, susah habis tak kira budak ka orang tua, nak lalu malam pie ngaji Quran ka, nak pie minum kopi kedai bujal ka susah, semua pakat takut.
" kata dukun tebang ja la pokok tu, simpan buat apa dah ada hantuiii, betoi jugak kata Tok Dukun, bincang punya bincang, aii sayang pokok ni dah la unik lama dah dok ada kat situ, sebelum ni tak da apa apa, la ni ja baru ada penunggu, " tak bleh pakai punya pak dukun, phuiii...kata tok nenek dulu jaga pokok ni baik baik, pokok ni boleh teduhkan kita semua.

Keputusan...
kekalkan pokok halau jembalang, ni dia ayat nak halau jembalang " hai mambang tanah, mambang angin, mambang api...mambang berasal dari gunung si mambang, berdampinglah dengan ku wahai si mambang, supaya mudah makan penerajang...phuiii,...la ni depa dok pakat tunggu masa nak usir jembalang mambang tanah, yang dok tunggu pokok besaq tu ah,,kata depa kena tunggu bulan mengambang baru boleh halau....
ppsstt : bulan yang satu lagi tu...dah tak ikut aturan, bulan tu nak kiamat dah kot





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...