Ahad, 14 Ogos 2011

Jalan Alternatif balik raya....



Memandangkan kerja - kerja memperelok dan merendahkan jalan di Bukit Gong Penaga, berhampiran Pekan Renek tidak mungkin akan siap sehingga menjelang raya maka satu rangka perangcangan bagi mencari jalan alternatif perlu difikirkan bagi mengelak berlakunya kesesakan jalan pada cuti perayaan nanti....lebih - lebih lagi 2 3 hari nak raya....

 Penah terjadi tahun 2008 tak salah aku la..hampir 2 jam dari Kg Anak Ikan nak ke simpang masuk ke masjid Jabi tu...dah la kenderaan dari Jerteh nak ke Kuala Terengganu pun banyak sampai nak masuk simpang masjid Jabi tu plak mak aiii..sikit punyerr la lama.



Jadi harap - harap la pihak yang berkenaan fikir2kanlah ape yang patut bagi melancarkan urusan masyarakat kampung dan perjalanan perantau2 yang pulang nak beraye tu...

Mungkin kesesuaian jalan alternatif yang perlu dilihat.." yang aku nampak la kan " melalui Renek - Tempinis - Kerandang - Gong Nangka - Bukit Kenak.

Akan tetapi perlu ada kawalan pihak Polis la agar kenderaan tidak dipandu laju. Al maklumlaaa kan kawasan kampung, letak je pondok pondok Polis statik kat kawasan - kawasan strategik sepanjang laluan tu..

Insyaallah bersama mencari yang terbaik.


pssstt : saper dapat projek ni, untung bebenor lakan dapat keja ni...jgn ader citer tak best dah la ngan projek ni,,,maklum laaa kat sebelah tu tanah perkuburan cina...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...